suria

Bermula sebagai ‘bidan terjun’, kini videographer manis berbaju kurung sedia ambil job seluruh Malaysia... ada bakat menjahit juga!

Rakaman memaparkan juruvideo itu bekerja sambil memakai baju kurung tular di aplikasi TikTok.

BARU berusia 22 tahun, gadis dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini gigih melakukan dua kerja dalam satu masa.

Graduan bidang fesyen itu aktif menerima tempahan menjahit dan pada masa yang sama, dia turut menawarkan khidmat kreatifnya sebagai juruvideo perkahwinan.

Bercerita kepada mStar, Ainur Adreena Zamri mendedahkan perjalanannya sebagai juruvideo bermula sebagai bidan terjun, ketika majlis pertunangan kakaknya yang berlangsung pada penghujung tahun 2020.

ARTIKEL BERKAITAN: Videographer sanggup ‘tebal muka’ dekati lelaki tak dikenali di Bukit Bintang, aksi 10 minit je... hasil video, wow luar biasa!

ARTIKEL BERKAITAN: Juruvideo rakam detik sayu PKP... masjid kosong waktu solat Jumaat, hanya gema laungan azan - “Bukan edit, tiba-tiba banyak burung gagak”

"Videographer majlis kakak saya tak dapat datang kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dilaksanakan. Jadi saya tawarkan diri untuk hasilkan video.

"Ketika itu, saya hasilkan video majlis pertunangan kakak menggunakan iPhone X. Tak sangka ramai yang suka hasilnya. Sejak itu, saya mula menerima job sebagai videographer," ujarnya.

Gadis yang senang disapa Adreena itu mendedahkan dia tidak memiliki sebarang latar belakang dalam bidang video, sebaliknya ia dipelajari secara dalam talian sahaja.

Namun, Adreena mengakui dia kini yakin untuk bergerak sebagai juruvideo sepenuh masa dan bersedia menerima permintaan pelanggan dari seluruh Malaysia.

adreena4

Adreena merupakan graduan dalam bidang Fesyen.

"Sebelum ini saya buat video guna iPhone, sekarang saya dah beli kamera. Saya memang cover satu Malaysia sebab saya buat kerja ini secara full time.

"Sejujurnya saya tak pernah ikuti kelas atau kursus video. Saya hanya belajar online melalui YouTube. Pada masa sama, saya banyak rujuk video-video otai dalam bidang ini.

Ramai juga yang nak hantar baju untuk raya tahun ini, tapi saya tak berani nak terima, takut tak sempat nak siapkan.

ADREENA

"Saya memang nak belajar lagi untuk dalami ilmu dan asah kemahiran video. Banyak lagi yang saya kena belajar dengan otai-otai semua.

"Saya juga memasang impian untuk jadi videographer dalam mana-mana award show suatu hari nanti," ujarnya.

Dalam pada itu, satu rakaman memaparkan Adreena yang sedang bekerja sambil memakai baju kurung turut meraih perhatian netizen di aplikasi TikTok.

Menurut Adreena, dia selesa menggayakan baju kurung ketika bertugas sebagai juruvideo dan tidak menyangka rakaman tersebut akan menjadi perhatian netizen.

adreena

Adreena terjun ke dunia videografi secara bidan terjun pada tahun 2020.

"Kejadian itu pada 1 Februari lalu. Saya dalam keadaan urgent sebelum berangkat ke lokasi pengantin, saya tak tahu nak pilih baju yang mana. Jadi, saya capai baju kurung dan terus pakai.

"Tapi sejujurnya saya rasa selesa pakai baju kurung walaupun kena bekerja dan shoot video. Saya pun tak jangka video saya berbaju kurung akan viral," ujarnya lagi.

Bercerita mengenai kerjanya sebagai tukang jahit, Adreena akui dia turut menerima banyak tempahan pakaian menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut pertengahan tahun ini.

adreena3

Antara busana dan beg yang dihasilkan Adreena.

Namun kata Adreena, dia tidak berani menerima tempahan pakaian memandangkan dirinya sibuk dengan kontrak jahitan yang diikat dengan seorang pengusaha fesyen sejak empat bulan lalu.

"Sebelum ini saya sering ambil upah menjahit memandangkan saya lepasan bidang Fesyen. Tapi sejak empat bulan lalu, saya ada ambil kontrak untuk jahit dress dan beg. Jadi memang agak sibuk.

"Ramai juga yang nak hantar baju untuk raya tahun ini, tapi saya tak berani nak terima, takut tak sempat nak siapkan," ujar Adreena lagi.

Biarpun menghadapi kekangan masa, Adreena akui sayang akan bidang fesyen serta video dan berhasrat meneruskan kedua-duanya secara sepenuh masa.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain