Wen Jie dipenjara lapan tahun enam bulan selepas didadati bersalah mendera budak tiga tahun sehingga mati.
SEORANG bekas pemandu e-hailing dijatuhi hukuman penjara lapan tahun enam bulan selepas membuat pengakuan bersalah mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang kemudian meninggal dunia, empat tahun lalu.Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Abdul Fareed Abdul Gafoor memerintahkan Chan Wen Jie, 32, menjalani hukuman itu bermula 3 Oktober 2022, iaitu tarikh dia ditahan. Hukuman dijatuhkan selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.Mahkamah Tinggi Johor Bahru turut memerintahkan Chan diikat jamin berkelakuan baik selama tiga tahun dengan seorang penjamin tanpa cagaran serta menjalankan khidmat masyarakat selama 36 jam dalam tempoh enam bulan.Dalam alasan penghakiman, mahkamah menyifatkan tindakan Chan memaksa mangsa memakan najisnya sendiri daripada lampin pakai buang sebagai perbuatan tidak berperikemanusiaan dan menjatuhkan maruah yang tidak boleh dibenarkan atas alasan mendisiplinkan kanak-kanak.Mahkamah turut meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan tertuduh melakukan pelbagai bentuk penderaan terhadap mangsa, termasuk memukul kepala, memaksanya melakukan squat, berdiri untuk tempoh lama dan merotan.Menurut mahkamah, rakaman itu menunjukkan perbuatan Chan melampaui hukuman fizikal biasa, sebaliknya merupakan penderaan melampau dan kejam terhadap kanak-kanak berusia tiga tahun yang tidak berdaya mempertahankan dirinya.Mahkamah berkata, tertuduh juga mengkhianati kepercayaan bapa mangsa yang telah meletakkan amanah penjagaan anaknya kepada lelaki berkenaan.Mahkamah turut menolak hujah pembelaan bahawa tertuduh hanya mendisiplinkan mangsa dengan cara sama seperti dilakukannya terhadap anak sendiri.“Jika tertuduh tidak mampu menjaga mangsa, dia sepatutnya memulangkan kanak-kanak itu kepada bapanya,” menurut penghakiman berkenaan.Mahkamah menjelaskan bahawa pertuduhan asal membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang telah ditarik balik serta punca kematian mangsa tidak dipertimbangkan ketika menentukan hukuman bagi pertuduhan pilihan itu.Selepas meneliti faktor pemberat dan mitigasi, mahkamah memutuskan hukuman penjara berkenaan bersesuaian dengan kesalahan dilakukan, selain menegaskan kepentingan melindungi kanak-kanak daripada penderaan.Pada 13 Oktober 2022, Chan pada awalnya didakwa membunuh Lee See Jie di sebuah rumah di Jalan Ria 2, Taman Skudai Ria, Skudai, antara pukul 8 malam hingga 8.30 malam pada 2 Oktober tahun sama.Bagaimanapun, tertuduh kemudian mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. -The Star