GAYA hidup yang semakin sibuk menyebabkan ramai individu sukar meluangkan masa untuk bersenam. Hakikatnya, menjaga kecergasan tubuh amat penting bagi memastikan badan kekal sihat dan cergas di sebalik kesibukan menjalani aktiviti harian. Salah satu penyelesaian praktikal ialah 'micro workout' iaitu senaman ringkas lima hingga 10 minit yang membantu mengekalkan kecergasan tubuh. Senaman ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja, sama ada di rumah, pejabat atau ketika waktu rehat bekerja, sekali gus sesuai untuk individu yang mempunyai jadual harian padat.Berikut ialah beberapa contoh senaman mikro yang mudah dilakukan:Ramai yang tidak berkesempatan untuk bersenam kerana sibuk dengan pelbagai komitmen harian. -Gambar hiasan AI1. Senaman mikro selama tiga minit di rumahLakukan aktiviti seperti lompat tali, berjoging di sekitar rumah, naik turun tangga atau menari selama tiga minit.2. Senaman mikro selama tiga minit di pejabatAnda boleh makukan senaman dengan duduk bersandar pada dinding selama 30 hingga 60 saat atau lakukan tekan tubi menggunakan meja atau dinding.3. Senaman mikro selama lima minitLakukan lima jenis senaman, iaitu lompat bintang, tekan tubi, cangkung, plank dan burpee selama satu minit bagi setiap senaman.4. Senaman mikro selama 10 minitLakukan senaman high knees, mountain climbers, lunges, tekan tubi, bicycle crunches, lompat cangkung, plank to push-up, Russian twists dan burpee selama satu minit bagi setiap senaman.5. Senaman mikro dengan gabungan beberapa pergerakanGabungkan beberapa jenis senaman secara berturutan seperti lompat tali sebanyak 50 kali, mountain climbers selama 30 saat, lompat cangkung sebanyak 10 kali, tekan tubi sebanyak 10 kali dan lunges selama 30 saat secara berselang-seli.Tempoh singkat selama tiga minit juga sudah memadai untuk melakukan senaman mikro. -Gambar hiasan AIJika anda kurang faham dengan terma-terma serta jenis senaman yang dinyatakan, taip sahaja perkataan itu di YouTube atau TikTok untuk menonton tutorial percuma dan meniru aksinya.Melakukan senaman mikro secara konsisten memberikan pelbagai manfaat, antaranya:- Menjimatkan masa dan mudah dimasukkan dalam rutin harian.- Boleh disesuaikan mengikut tahap kecergasan individu.- Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.- Mengurangkan risiko keletihan akibat senaman berlebihan.- Meningkatkan metabolisme badan.- Mengurangkan risiko kecederaan ketika bersenam.