suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Masih boleh bersenam di luar rumah, orang ramai perlu tahu 5 tahap jerebu... Ubah stratergi jika IPU makin teruk!

Segelintir individu degil bersenam di luar rumah walaupun bacaan IPU semakin teruk. -Gambar hiasan AI

APABILA jerebu melanda, ada yang memilih untuk menghentikan sementara aktiviti senaman di luar rumah. 

Namun, tidak kurang juga individu yang masih keluar untuk berlari atau melakukan aktiviti fizikal seperti biasa.

Persoalannya, adakah kita perlu berhenti bersenam di luar sepenuhnya ketika jerebu atau masih boleh meneruskan rutin kecergasan dengan langkah berjaga-jaga?

Menurut perkongsian Institut Jantung Negara (IJN) menerusi Facebook rasminya, orang ramai perlu menyesuaikan aktiviti mengikut tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU).

Orang ramai disaran mengurangkan aktiviti luar rumah sewaktu jerebu. -Gambar hiasan AI

1. IPU 0 hingga 50: Baik

Pada tahap ini, orang ramai boleh melakukan aktiviti senaman di luar seperti biasa kerana kualiti udara berada dalam keadaan baik.

2. IPU 51 hingga 100: Sederhana

Aktiviti senaman di luar secara umumnya masih boleh dilakukan. Bagaimanapun, individu yang sensitif terhadap pencemaran udara perlu mengambil langkah berjaga-jaga.

3. IPU 101 hingga 150: Tidak sihat bagi kumpulan sensitif

Orang ramai disarankan mengurangkan tempoh atau intensiti senaman di luar rumah.

4. IPU 151 hingga 200: Tidak sihat

Pada tahap ini, orang ramai dinasihatkan mengelakkan aktiviti senaman luar yang berat. Sebaiknya, pindahkan rutin senaman ke dalam bangunan.

5. IPU melebihi 200: Sangat tidak sihat

Elakkan aktiviti senaman di luar dan lakukan senaman di dalam bangunan dengan udara yang ditapis jika boleh.

Tips bersenam dengan lebih selamat ketika jerebu

Selain mengambil kira bacaan IPU, IJN turut berkongsi beberapa langkah yang boleh diamalkan bagi membantu orang ramai mengekalkan rutin kecergasan ketika kualiti udara kurang memuaskan.

Antaranya, lakukan aktiviti senaman dalam bangunan seperti menggunakan treadmill, basikal senaman atau melakukan latihan kekuatan.

Jika tersedia, penggunaan alat pembersih udara dengan penapis HEPA juga boleh dipertimbangkan bagi membantu mengurangkan pencemaran udara di ruang senaman.

Artikel Lain