suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selalu pening dan loya apabila naik kereta? Jangan abaikan, pewangi kegemaran anda mungkin puncanya!

Pewangi daripada bahan kimia boleh mengakibatkan kerosakan pada papan pemuka kereta. -Gambar hiasan AI

RUANG dalam kereta yang harum pastinya membuatkan perjalanan lebih selesa, malah ramai menganggap penggunaan pewangi sebagai satu keperluan untuk menghilangkan bauan kurang menyenangkan dalam kereta.

Namun, di sebalik aroma menyegarkan itu, wujud bahaya tersembunyi yang mungkin tidak disedari pengguna terutama berkaitan pelepasan bahan kimia ke udara.

Menurut perkongsian akaun unicare.clinic.hq di Threads, penggunaan pewangi kereta bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan, bahkan berisiko merosakkan bahagian dalaman kenderaan.

Komponen seperti papan pemuka (dashboard) contohnya boleh mereput dan terhakis akibat tindak balas bahan kimia pewangi apabila bertembung dengan haba panas di dalam kereta.

"Pewangi boleh melepaskan Volatile Organic Compounds (VOC), iaitu sejenis bahan kimia yang mudah meruap ke udara.

"Sesetengah bahan kimia ini boleh menyebabkan iritasi pada mata, hidung dan tekak, selain sakit kepala, loya atau masalah pernafasan bergantung pada jenis bahan serta tempoh pendedahan.

"Sekarang bayangkan keadaan di dalam kereta apabila penyaman udara (aircond) dipasang, tingkap ditutup rapat dan anda menekan butang recirculate. Udara dalam kabin akan dikitar semula berulang kali dan bukannya digantikan dengan udara segar dari luar. Perkara inilah yang ramai tidak sedar," katanya.

Contoh kerosakan bahagian dalaman kereta dialami akibat pewangi kereta. 

Menurut laporan portal American Lung Association, penggunaan wangian di dalam kenderaan sememangnya berupaya meningkatkan kepekatan zarah serta bahan VOC dalam ruang yang tertutup.

Meskipun sukar untuk mencari produk wangian yang 100 peratus bebas daripada bahan VOC, beberapa langkah mudah boleh diambil bagi mengurangkan pendedahan terhadap bahan kimia berkenaan.

Antaranya, pengguna disyorkan memilih produk yang mempunyai label seperti ‘low VOC’ atau ‘VOC-free’, di samping mengehadkan penggunaan wangian yang mempunyai bauan terlalu menyengat.

Pun begitu, label seperti 'tanpa wangian' atau ‘fragrance free’ juga perlu diteliti dengan cermat kerana ada pengeluar yang menggunakan bahan kimia tertentu sekadar untuk 'menutup' bau asal bahan lain.

Dalam konteks kereta, pengudaraan turut memainkan peranan penting.

Pengguna dinasihatkan supaya rajin membuka tingkap seketika bagi membolehkan aliran udara segar masuk menggantikan udara lama di dalam kabin, terutamanya jika menggunakan sebarang produk yang menghasilkan bauan kimia.

Artikel Lain