suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan hiasan semata! Ini fungsi utama corak bintik hitam pada cermin depan kereta

Bintik hitam Frit pada bahagian cermin depan berfungsi sebagai penyerap haba.

BAGI kebanyakan pemilik kereta, cermin depan mungkin sekadar komponen untuk memastikan pemanduan lebih jelas.

Namun, jika diperhatikan dengan teliti, terdapat corak bintik-bintik hitam di sekeliling cermin yang sering dianggap hiasan atau sekadar corak biasa.

Sebenarnya, ia mempunyai fungsi tertentu dan berkait rapat dengan ketahanan cermin kereta.

Bintik hitam di sekeliling cermin depan kereta itu dikenali sebagai Frit, sejenis cat seramik yang disatukan dengan kaca ketika proses pembuatan di kilang.

Selain berfungsi sebagai penebat haba, berikut merupakan tiga lagi peranan Frit pada cermin kereta hadapan.

1. Elak perbezaan suhu 

Apabila kereta diletakkan di bawah cahaya matahari terik, kawasan bintik hitam itu cenderung menyerap lebih banyak haba berbanding bahagian kaca yang jernih.

Keadaan ini menyebabkan bahagian Frit hitam menjadi lebih panas, manakala kawasan kaca di tengah pula masih pada suhu yang rendah.

2. Bantu sebarkan haba

Jika anda perasan, corak bintik hitam itu tidak direka dalam satu garisan lurus, sebaliknya ia disusun dengan saiz yang besar di bahagian tepi dan semakin mengecil hingga ke ruang tengah.

Reka bentuk itu membantu mewujudkan perubahan suhu yang lebih terkawal antara kawasan Frit dan kaca jernih.

3. Kurang risiko tekanan 

Apabila haba dapat diagihkan dengan lebih sekata, tekanan pada cermin juga secara tidak langsung dapat dikurangkan.

Malah, ia turut membantu mengurangkan risiko kaca mengalami perubahan bentuk atau masalah yang boleh menyebabkan pandangan dari dalam kereta kelihatan kabur. -Agensi

Artikel Lain