suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ini cara jawab ‘unknown call’ untuk elak jadi mangsa penipuan, kurangkan risiko duit dalam bank lesap!

Warga emas yang kurang arif tentang teknologi berisiko jadi mangsa penipuan siber. -Gambar hiasan AI

KES penipuan dalam talian semakin membimbangkan apabila taktik digunakan penjenayah siber kini semakin canggih dan sukar dikenal pasti.

Kemajuan teknologi kecerdasan buatan (AI) turut membuka ruang kepada penjenayah untuk menghasilkan identiti palsu, termasuk meniru suara untuk memperdaya mangsa.

Situasi itu pastinya lebih membimbangkan bagi golongan yang kurang arif mengenai teknologi kerana mereka mungkin tidak menyedari panggilan atau mesej yang diterima sebenarnya adalah cubaan penipuan.

Malah, mangsa khususnya golongan tua juga berisiko diperdaya serta digodam sehingga mengalami kebocoran data serta kehilangan wang ringgit dalam simpanan mereka.

Seorang wanita, Nuraishah Shamsuddin, berkongsi satu tip mudah yang boleh diamalkan ketika menerima panggilan daripada nombor tidak dikenali.

Menurutnya, orang ramai dinasihati tidak terus bercakap sebaik sahaja mengangkat panggilan dan membiarkan pihak di sebelah sana bersuara terlebih dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan cepat sangat terpedaya, ‘Semak Mule’ dulu! Hanya beberapa saat je, elak wang lesap ke tangan ‘scammer’

"Biasakan jangan cakap dulu masa jawab panggilan daripada nombor tidak dikenali. Angkat dan terus tekan 'mute' sampai orang sebelah sana cakap dulu.

"Kalau dia tak cakap dan terus letak, anda sekat saja nombor itu. Penjenayah sekarang simpan data suara anda untuk tipu orang lain, terutamanya insan terdekat," katanya di Threads.

Walaupun kelihatan mudah, langkah berkenaan boleh menjadi salah satu cara mudah untuk lebih berhati-hati ketika menerima panggilan mencurigakan.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak memberikan maklumat peribadi, nombor akaun bank, kata laluan atau kod pengesahan kepada mana-mana individu tidak dikenali yang menghubungi secara tiba-tiba.

Artikel Lain