Antara koleksi menarik Play Nation yang mungkin menjadi kegilaan kanak-kanak dan pengumpul koleksi ini.
JENAMA permainan dan gaya hidup dari Singapura, Play Nation, secara rasmi melancarkan pop-up utamanya di The Exchange TRX, di sini, pada 24 September lalu.Pelbagai koleksi permainan, barangan karakter popular dan pengalaman interaktif diperkenalkan selain tawaran promosi istimewa sempena pelancaran berkenaan. Pengasas bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Play Nation, Kai Jun Wong berkata, sambutan menggalakkan terhadap kempen terdahulu di Malaysia mendorong pihaknya untuk menyediakan pengalaman yang lebih menyeluruh kepada peminat barangan bekenaan.Menurutnya, pengeluar jenama itu mahu memberi peluang kepada orang ramai menikmati sendiri koleksi, pelancaran produk baharu dan suasana komuniti pengumpul yang menjadi sebahagian daripada identiti Play Nation.Kotak misteri Patisserie Plush Care Bears 2026Antara tarikan utama di pop-up berkenaan ialah aktiviti Do-It-Yourself Bar yang membolehkan pengunjung menghasilkan Ocean in a Bottle, iaitu cenderamata mini berinspirasikan lautan.Aktiviti itu ditawarkan pada harga RM29.90 sebotol atau percuma dengan pembelian minimum RM150.Pengunjung boleh memilih patung mini, menghias botol menggunakan pasir, kulit kerang dan batu kecil sebelum menghasilkan cenderamata mengikut kreativiti masing-masing.Ruang berkenaan turut menyediakan photobooth bertemakan Play Nation untuk pengunjung merakam kenangan bersama keluarga dan rakan.Sempena pembukaan itu, beberapa produk terpilih ditawarkan pada harga promosi sepanjang Oktober dan November ini.Antaranya, Summer Wunderland - Hello Kitty Donur Ship dijual pada harga RM20 berbanding harga asal RM99.90, manakala Care Bears Bedtime Magnetic Plush Phone Stand ditawarkan pada harga RM39.90 berbanding RM59.90.Beg pouch Mewah Care Bears 2026 dengan beg boleh lipatPlay Nation Dabao! Plush with Eco Bag Series 2 pula dijual pada harga RM49.90 seunit atau RM139 bagi set lengkap empat unit.Pada bulan Oktober, Care Bears Wireless Bluetooth Earbuds ditawarkan pada harga RM69.90 berbanding RM129.90, manakala Play Nation Heritage Tiffin Carrier dijual pada harga RM39.90 berbanding RM59.90 pada November.Pop-up itu turut menampilkan Play Nation Heritage Series yang diinspirasikan daripada elemen nostalgia Malaysia dan Singapura, termasuk rekaan kedai tradisional, tingkat, kopi dan roti bakar kaya.Peminat karakter popular juga boleh mendapatkan koleksi Care Bears x Play Nation Global Collection serta pelbagai produk Sanrio yang menampilkan Hello Kitty dan rakan-rakannya.Selain itu, koleksi LINE Friends turut ditawarkan menerusi K-Blocks Mart Collection yang menampilkan binaan mini diinspirasikan daripada snek kedai serbaneka Korea, serta siri Slumber Party dengan set bilik tidur mini yang boleh menyala.Antara koleksi Dabao.Selain The Exchange TRX, Play Nation turut mempunyai pop-up di Intermark Mall, di aras bawah berhampiran Starbucks.Jenama itu juga memperluas kehadirannya menerusi ruang khusus di lima cawangan Parkson terpilih, iaitu Parkson Elite 1 Utama, Parkson IOI City Mall, Parkson Sunway Velocity, Parkson Labuan dan Parkson Setia City Mall.Sebelum ini, Play Nation turut bekerjasama dengan beberapa jenama dan rakan niaga tempatan menerusi pelbagai aktivasi, termasuk FamilyMart, Jaya Grocer, KFC, Grab Malaysia, RHB Bank dan Publika Shopping Gallery.Pop-up Play Nation di The Exchange TRX dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam di Level Concourse.