suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ada sebab ubat diambil sebelum atau selepas makan... Salah waktu boleh ganggu keberkesanan, jejas kesihatan perut

Sesetengah ubat perlu diambil selepas makan atas faktor tertentu. -Gambar hiasan AI

SETIAP ubat mempunyai cara pengambilan yang berbeza dan arahan seperti 'ambil selepas atau sebelum makan' bukan sekadar panduan biasa.

Waktu pengambilan penting kerana makanan dalam perut boleh mempengaruhi cara sesetengah ubat diserap serta kesan sampingan yang mungkin dialami pengguna.

Perkara itu turut dikongsikan seorang ahli farmasi, Nariha_Miyy menerusi Threads yang menjelaskan terdapat beberapa faktor mengapa sesetengah ubat perlu diambil sebelum atau selepas makan.

Menurutnya, ada ubat yang memerlukan keadaan tertentu dalam perut untuk melalui proses pengaktifan dan kehadiran makanan boleh mengganggu proses berkenaan.

"Sesetengah ubat memerlukan asid yang tinggi untuk activation process, bila ada makanan, proses itu terganggu.

posing pic of ppl taking antibiotic tablet. (SEPT 4 2023) — ART CHEN/The Star

Ada tiga sebab utama mengapa sesetengah ubat disarankan diambil selepas makan.

"Jenis macam ini perlu ambil sebelum makan untuk pastikan pengguna mendapat intended benefits," katanya.

Dalam masa sama, terdapat ubat yang penyerapannya boleh terganggu apabila diambil bersama makanan.

Interaksi antara ubat dan makanan boleh menyebabkan jumlah ubat yang diserap ke dalam badan berkurangan, sekali gus menjejaskan keberkesanannya.

"Ada ubat yang terganggu penyerapannya bila ada makanan dalam perut jadi sia-sia makan ubat tapi tak berkesan.

"Dan ada juga sesetengah ubat yang ada side effect macam loya, kembung, tak sedap perut serta sakit perut," ujarnya. 

Berdasarkan laporan Agensi, berikut merupakan tiga sebab utama mengapa sesetengah ubat disarankan diambil selepas makan.

1. Mengurangkan kerengsaan perut

Sesetengah ubat seperti ibuprofen, aspirin, ubat anti-radang dan kortikosteroid boleh menyebabkan ketidakselesaan atau kerengsaan pada perut jika diambil ketika perut kosong.

Kehadiran makanan boleh membantu melindungi lapisan perut dan mengurangkan risiko ketidakselesaan ketika mengambil ubat.

2. Melambatkan penyerapan ubat

Ada ubat tertentu yang direka untuk diserap secara perlahan supaya kesannya dapat bertahan lebih lama.

Pengambilan bersama makanan boleh memperlahankan proses penyerapan bagi sesetengah ubat contohnya, metformin lazimnya diambil selepasmakan bagi membantu mengurangkan kesan sampingan terhadap sistem penghadaman.

3. Membantu meningkatkan penyerapan

Bagi sesetengah ubat dan bahan tertentu, makanan pula boleh membantu tubuh menyerapnya dengan lebih baik.

Vitamin larut lemak seperti vitamin A, D, E dan K misalnya lebih mudah diserap apabila diambil bersama makanan yang mengandungi lemak.

Begitu juga sesetengah ubat seperti griseofulvin yang digunakan untuk merawat jangkitan kulat, yang penyerapannya boleh dipertingkatkan apabila diambil bersama makanan.

Jadi, arahan mengenai waktu pengambilan ubat tidak seharusnya dipandang ringan kerana ia boleh mempengaruhi cara ubat bertindak dalam badan.

Dalam masa sama, pesakit juga tidak digalakkan mengubah waktu pengambilan ubat sesuka hati tanpa mendapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi.

Artikel Lain