RAMAI menganggap masalah jantung hanya berlaku kepada manusia, namun kucing juga boleh mengalami masalah kesihatan berkaitan organ penting itu.Gejala serangan jantung pada kucing boleh kelihatan seperti simptom penyakit lain kerana tanda-tandanya tidak begitu khusus. Maka, tindakan embawa kucing berjumpa doktor veterinar untuk mendapatkan diagnosis yang tepat adalah penting sekiranya terdapat sebarang perubahan tingkah laku atau gejala yang tidak normal.Antara gejala serangan jantung pada kucing termasuk:1. Sukar bernafas2. Tercungap-cungap3. Perubahan kadar denyutan jantung4. Lesu5. Perubahan tingkah laku seperti bersembunyi atau mengeluarkan bunyi secara berlebihan6. Rebah atau pengsanPemilik biasanya menganggap kucing seperti ahli keluarga mereka sendiri. -Gambar hiasan AIPunca kucing terkena serangan jantung1. Kardiomiopati hipertrofik (HCM) ialah penyakit jantung yang paling biasa berlaku pada kucing.Ia menyebabkan perubahan ketara pada dinding jantung dan boleh menyebabkan pembentukan darah beku kerana darah tidak dipam melalui jantung dengan baik.Baka Ragdoll dan Maine Coon mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami keadaan ini disebabkan faktor genetik.2. Hipertiroidisme biasa berlaku dalam kalangan kucing berusia lanjut.Keadaan ini boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan penyakit jantung yang seterusnya boleh meningkatkan risiko serangan jantung.3. Endokarditis ialah keradangan pada lapisan dalam jantung kucing akibat jangkitan.Keadaan ini boleh menyebabkan darah beku terbentuk di dalam jantung dan saluran darah lain.4. Penyakit cacing jantung (heartworm) boleh menyebabkan kerosakan serius pada jantung dan paru-paru, sekali gus meningkatkan risiko pembentukan darah beku.Kucing yang tinggal di dalam rumah juga masih berisiko kerana nyamuk boleh memasuki rumah dan menyebarkan penyakit tersebut melalui gigitan.5. Pembekuan intravaskular tersebar (disseminated intravascular coagulation) ialah keadaan yang jarang berlaku pada kucing dan menyebabkan pembentukan darah beku secara tidak normal.Ia biasanya berpunca daripada penyakit lain yang mendasari, seperti limfoma.Cara mencegah serangan jantung pada kucingMemastikan kucing sentiasa sihat melalui pemeriksaan veterinar secara berkala penting bagi mengesan penyakit yang boleh menyebabkan serangan jantung pada peringkat awal.Semasa pemeriksaan kesihatan rutin, doktor veterinar boleh menjalankan ujian darah untuk mengesan tanda keradangan, jangkitan dan penyakit metabolik seperti hipertiroidisme.Doktor veterinar juga boleh melakukan pemeriksaan fizikal serta mendengar bunyi jantung dan paru-paru kucing bagi mengesan sebarang masalah yang mungkin memerlukan pemeriksaan atau rawatan lanjut. -Agensi