Kesilapan penggunaan 'air fryer' bukan sahaja menyebabkan hidangan tidak 'menjadi, malah boleh menjejaskan aspek keselamatan makanan. -Gambar hiasan AI
PERKAKAS elektrik seperti air fryer semakin menjadi pilihan ramai kerana memudahkan urusan memasak, terutama bagi mereka yang mahukan makanan disediakan lebih cepat dan sihat.Namun, tahukah anda penggunaan air fryer yang kurang tepat bukan sahaja boleh menyebabkan makanan tidak 'menjadi' seperti diharapkan, malah beberapa kesilapan tertentu boleh menjejaskan aspek keselamatan makanan? Berikut enam kesilapan biasa ketika menggunakan air fryer yang mungkin selama ini tidak anda sedari.1. Penuhkan bakul air fryerCara ini boleh menyebabkan makanan masak tidak sekata. Air fryer berfungsi dengan mengedarkan udara panas di dalam ruang memasak. Jika bakul terlalu penuh, aliran udara akan terganggu dan makanan sukar menjadi rangup.Tip: Isi bakul kira-kira separuh sahaja dan goncangkan bakul sekali-sekala supaya makanan bertukar posisi dan masak lebih sekata.2. Makanan yang terlalu basahMakanan bersalut adunan cair atau bahan yang mempunyai kandungan air tinggi kurang sesuai dimasak menggunakan air fryer.Adunan yang cair boleh menitis melalui lubang bakul dan menyumbatnya. Sayuran yang banyak mengandungi air pula berisiko menjadi lembik kerana air yang keluar semasa proses memasak. Antara sayuran yang tinggi kandungan air ialah tomato, saderi, asparagus, zucchini, bok choy dan lada benggala hijau.ARTIKEL BERKAITAN: Tersilap ‘campak’ masuk mesin pengering dobi, tudung bawal RM700 terus rosak! Baru tahu rupanya ada cara ‘pulihkan’ semula3. Guna baking paperBaking paper sebenarnya boleh digunakan dalam air fryer, tetapi ia tidak semestinya diperlukan kerana kebanyakan bakul air fryer sudah mempunyai salutan tidak melekat. Malah, kertas tersebut boleh menghalang peredaran udara dan menyebabkan makanan kurang rangup.4. Guna aluminium foilPenggunaan aluminium foil juga boleh mengganggu aliran udara panas dan menyebabkan makanan tidak cukup garing. Lebih penting, aluminium foil yang terkena elemen pemanas boleh mendatangkan risiko kebakaran.Elakkan juga menggunakan aluminium foil bersama makanan yang masin atau berasid seperti makanan yang diperap dengan garam, jus lemon atau cuka. Keadaan berasid dan bergaram boleh menyebabkan aluminium berpindah daripada foil ke makanan.5. Makanan berkanji pada suhu tinggi Makanan berkanji yang dimasak pada suhu tinggi boleh menghasilkan akrilamida, iaitu sebatian yang terbentuk ketika makanan tertentu dimasak pada suhu tinggi.Sebaiknya, masak makanan berkarbohidrat sekadar perlu dan gunakan suhu serendah yang sesuai untuk mendapatkan warna keemasan, bukannya perang gelap atau hangus.6. Malas bersihkan air fryerSisa minyak dan makanan yang tertinggal dalam air fryer bukan sahaja boleh menyebabkan bau dan rasa makanan kurang menyenangkan, malah sisa tersebut boleh terbakar dan menghasilkan asap ketika peralatan digunakan semula.Lebih teruk, pengumpulan minyak dan sisa makanan juga boleh menyebabkan kerosakan pada peralatan. Jadi, biasakan membersihkan ruang memasak dan bakul selepas setiap penggunaan.