Ketua Pegawai Eksekutif SMG Chan Seng Fatt (dua, kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS Datuk Wira Mohamad Khairil Mohamad Razi (tiga, kanan) bersama Ketua Pegawai Operasi SMG, Lydia Wang (kanan), Ketua Pegawai Kandungan SMG Datin Paduka Esther Ng (kiri) dan Datuk Fazley Yaakob (dua, kiri).
HARI Kopi Antarabangsa 2026 dimeriakan lagi dengan penganjuran Bazar Kopi Ber-Kuali-Ti di Menara Star, Petaling Jaya pada Khamis.Acara ini tidak hanya tertumpu kepada kopi semata-mata, sebaliknya turut menghimpunkan aneka makanan, minuman, manisan 'trending' serta buah-buahan segar selain pelbagai aktiviti santai.Bazar Kopi ber-Kuali-ti anjuran portal Kuali bersama StarTrack diadakan bersempena Hari Kopi Antarabangsa 2026 Lebih istimewa, program ini turut diserikan dengan penampilan selebriti popular seperti cef Datuk Fazley Yaakob, Ara Johari dan juara World Brewers Cup 2026, Nas Jaafar.Selain kehadiran warga kerja Star Media Group (SMG) Berhad, program ini turut dihadiri pengunjung yang terdiri daripada orang awam serta penggema minuman berasaskan kopi.Kolaborasi Kuali - PKPSProgram edisi sulung anjuran Kuali, portal makanan dan gaya hidup di bawah SMG ini lebih bermakna apabila mendapat sokongan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) selaku rakan penaja strategik yang turut menyumbang kepada kemeriahan acara menerusi jualan produk. Mengangkat tema 'Dimaniskan oleh PKPS', kolaborasi ini memberikan nilai tambah kepada pengalaman pengunjung di samping memperkukuh hubungan antara jenama, komuniti dan dunia makanan melalui satu platform.Pengunjung tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan produk makanan yang dijual di Bazar Kopi Ber-Kuali-Ti.Dua anak syarikat PKPS, iaitu PKPS Ehsan Marketing Sdn Bhd dan Selangor Fruit Valley (SFV) turut mengambil bahagian dengan membuka reruai bagi memperkenalkan serta menawarkan produk keluaran masing-masing.Eksklusif untuk program ini, santan keluaran Ehsan digunakan dalam penyediaan minuman istimewa Black Sora Iced Latte.Selain itu, jus dan buah-buahan segar dari ladang SFV turut ditawarkan menerusi Bazar Kopi Ber-Kuali-Ti ini.Cef selebriti, juara dunia kopi hangatkan suasanaBazar Kopi Ber-Kuali-Ti tentunya tidak lengkap tanpa hiburan, justeru cef selebriti Fazley Yaakob dijemput bagi memeriahkan program ini.Fazley tampil berkarya dengan menghasilkan seni manisan ‘sweet table’ yang menjadi acara kemuncak Kopi Ber-Kuali-Ti sambil disaksikan pengunjung dan tetamu VIP.Cef Fazley menjadi tumpuan ramai sewaktu melakukan gimik 'sweet table'.Tetamu VIP yang hadir terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Star Media Group (SMG) Chan Seng Fatt, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS Datuk Wira Mohamad Khairil Mohamad Razi, Ketua Pegawai Operasi SMG, Lydia Wang dan Ketua Pegawai Kandungan SMG Datin Paduka Esther Ng Sek Yee.Antara lain, Nas Jaafar turut berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai dunia kopi menerusi sesi ‘Barista Talk’.Selain perkongsian mengenai kopi, pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan penyanyi Ara Johari yang menggamatkan suasana.Kopi menyatukan komunitiMenurut Editor Kuali, Izra Rahman, idea untuk menganjurkan program ini tercetus apabila kopi kini dilihat bukan sekadar minuman tetapi menjadi sebahagian daripada budaya dan gaya hidup yang menyatukan masyarakat di seluruh dunia."Menerusi Kopi Ber-Kuali-Ti, kami mahu membawa semangat Lebih Daripada Resipi yang menjadi 'tagline' Kuali dengan mewujudkan ruang untuk komuniti berkumpul, berkongsi pengalaman dan meneroka kepelbagaian dunia kopi serta makanan dalam suasana santai dan menyeronokkan.Bazar Kopi Ber-Kuali-Ti dimeriahkan lagi dengan persembahan Ara Johari."Kerjasama bersama PKPS juga memberikan dimensi yang lebih bermakna kepada program ini, khususnya dalam memperkenalkan produk makanan berkualiti hasil keluaran negeri Selangor kepada pengunjung," ujarnya.Tambahnya, penganjuran program ini diharapkan dapat terus mengukuhkan kedudukan Kuali sebagai portal makanan dan gaya hidup selepas ia melalui proses penjenamaan semula dari bahasa Inggeris kepada kandungan bahasa Melayu sejak tahun lalu.Kehadiran Nas Jaafar sememangnya dinanti-nantikan oleh penggemar kopi."Perubahan ini merupakan sebahagian daripada usaha Kuali untuk tampil lebih dekat dengan pembaca dan komuniti tempatan, sambil terus menyajikan kandungan makanan dan gaya hidup yang relevan, segar dan menarik.Selain PKPS, Gardenia Bakeries KL turut menyokong program ini dengan menaja produk mereka, Gardenia Squiggles Choco Malto dan Gardenia Original Classic Supreme kepada pengunjung.Makanan, minuman 'trending'Sebanyak 26 vendor teribat menjual produk masing-masing yang terdiri daripada aneka kopi, teh, matcha, bagel, nachos, pastri, kukis dan bermacam makanan lain.Rata-rata produk yang dijual lebih dekat dengan generasi masa kini yang gemarkan makanan viral dan mengikut 'trend'.Aneka makanan dan minuman ditawarkan kepada pengunjung.Antara vendor yang mengambil bahagian termasuklah Oriental Kopi, Inside Scoop, Kupi Ging, Coma, Grill Haven, Wonder Milk, Taco Escobar, When Lala Bakes dan banyak lagi.Bukan itu sahaja, tetamu turut mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti menarik seperti Kuali Quiz and Merch, Blind Box Redemption serta sesi fotografi di photobooth.Pelbagai hadiah dan cenderamata eksklusif yang disediakan turut menjadi antara tarikan kepada pengunjung yang menyertai aktiviti berkenaan.Minuman kopi dan matcha menjadi 'buruan' pengunjung menerusi acara itu.Turut menjayakan penganjuran Kopi Ber-Kuali-Ti adalah 'StarTrack' iaitu kumpulan graduan yang menyertai program pelatih pengurusan siswazah di bawah SMG.Hari Kopi Antarabangsa disambut pada 1 Oktober setiap tahun sebagai acara global yang meraikan minuman berkenaan serta kepelbagaian budaya kopi di seluruh dunia.