suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis juga tak kebal undang-undang, ini 4 cara orang awam lapor salah laku anggota

Individu yang berdepan atau mempunyai maklumat berkaitan dakwaan salah laku anggota polis disarankan menggunakan saluran rasmi untuk membuat aduan. -Gambar hiasan AI

SETIAP individu tidak seharusnya terlepas daripada tindakan sekiranya melakukan kesalahan, tanpa mengira pangkat, status mahupun pekerjaan.

Namun, bagaimana pula jika salah laku itu didakwa dilakukan oleh anggota polis? 

Ramai mungkin tertanya-tanya, kepada siapa aduan perlu dibuat dan apakah saluran yang betul untuk mendapatkan tindakan lanjut?

Sebenarnya, orang awam mempunyai saluran rasmi untuk membuat aduan berkaitan salah laku anggota polis.

Aduan tersebut boleh dikemukakan kepada Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang berperanan menerima dan mengendalikan aduan berkaitan tatakelakuan anggota serta pegawai polis.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis minta periksa telefon ketika ‘road block’? Peguam kongsi 3 perkara perlu pengguna jalan raya ambil tahu

Malah, aduan boleh dibuat melalui beberapa saluran yang disediakan bagi memudahkan orang ramai.

Empat saluran aduan IPCC yang boleh digunakan adalah:

1. Emel

- Aduan boleh dihantar melalui alamat emel rasmi [email protected].

2. Dalam talian

- Orang awam juga boleh membuat aduan secara dalam talian menerusi Sistem Aduan IPCC di speaksipcc.moha.gov.my.

3. Secara bersemuka

- Aduan boleh dikemukakan dengan hadir ke pejabat IPCC di Putrajaya.

4. WhatsApp

- Bagi tujuan semakan status aduan, orang ramai boleh menghubungi talian WhatsApp IPCC di 019-678 3211.

Kemudahan saluran aduan ini membolehkan orang awam menyalurkan laporan melalui medium yang lebih tersusun, selain memudahkan semakan status serta penerimaan maklum balas berkaitan aduan yang dibuat.

Ia juga membantu proses pengendalian dan penyiasatan aduan melalui penyelarasan antara IPCC dengan agensi berkaitan.

Justeru, sekiranya berdepan atau mempunyai maklumat berkaitan dakwaan salah laku anggota polis, orang awam disarankan menggunakan saluran rasmi disediakan bagi memastikan aduan dapat direkodkan dan dikendalikan mengikut proses ditetapkan.

Artikel Lain