suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penumpang ‘mat saleh’ enggan berus gigi, berkumur guna air paip tandas pesawat... Ini fakta menakutkan ramai terlepas pandang!

Penumpang disaran menggunakan air botol untuk memberus gigi dan berkumur di dalam pesawat. -Gambar hiasan AI

BAGI mereka yang kerap menaiki pesawat, masing-masing pasti mempunyai tabiat serta rutin tersendiri untuk kekal segar sepanjang penerbangan.

Namun, perkongsian daripada seorang pemilik akaun Instagram joey1luna, membuka mata ramai penumpang tentang satu perkara yang sering kita terlepas pandang, iaitu mengenai tahap kebersihan air di dalam tandas kapal terbang.

Sebagai individu yang kerap menaiki pesawat hampir setiap bulan, Joey mendedahkan tabiat utama yang paling dielakkannya ketika berada di awan biru ialah menggosok gigi menggunakan air paip dari sinki tandas pesawat.

Hal itu bukan kerana dia terlalu cerewet, sebaliknya disokong oleh fakta kebersihan yang agak membimbangkan.

Memetik kajian daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) di Amerika Syarikat (AS) yang pernah melakukan ujian ke atas lebih 150 buah pesawat komersial pada 2004, hampir 13 peratus daripadanya diuji positif untuk bakteria koliform sekurang-kurangnya sekali.

Malah dua pesawat terlibat dalam kajian tersebut didapati positif bakteria E. coli.

Malah ujian serupa yang dilakukan sekali lagi pada tahun sama turut mendapati bahawa kira-kira 17 peratus daripada pesawat yang diuji menggunakan air tercemar.

Dapatan membimbangkan itu mendorong EPA melaksanakan piawaian kualiti air minuman pesawat yang wajib dipatuhi semua syarikat penerbangan bermula Oktober 2011. 

Di bawah Peraturan Air Minuman Pesawat (ADWR), syarikat penerbangan diwajibkan membersihkan tangki serta menguji sistem air awam mereka bagi mengesan kehadiran koliform dan bakteria E. coli yang berpotensi membawa maut sekurang-kurangnya sekali hingga empat kali setahun.

Meskipun peraturan ketat telah ditetapkan, laporan media berasaskan data EPA pada Oktober 2013 menunjukkan kualiti air di dalam pesawat masih lagi menjadi isu berterusan.

Data berkenaan mendapati air paip pada 12 peratus pesawat komersial di AS tetap diuji positif untuk bakteria koliform sekurang-kurangnya sekali.

Untuk rekod, bakteria koliform lazimnya dikaitkan dengan masalah sanitasi tangki air, di mana kemunculannya menjadi petanda bahawa sistem penapisan atau penyimpanan telah tercemar dan berisiko membawa patogen berbahaya lain.

Justeru, Joey berkongsi kaedah lebih selamat dan praktikal untuk menjaga kebersihan mulut, iaitu dengan meminta air botol daripada kru kabin sebaik sahaja menaiki pesawat untuk kegunaan memberus gigi dan berkumur.

Malah untuk minuman, dia lebih gemar memilih minuman tin berbanding sajian teh atau kopi yang dibancuh menggunakan sumber air dari dalam pesawat.

Artikel Lain