BERITA kematian seorang lelaki berusia 31 tahun dari Kubang Pasu, Kedah selepas disahkan dijangkiti rabies mengejutkan ramai khususnya penduduk setempat.Lebih membimbangkan, ini merupakan kes rabies manusia pertama dilaporkan di Kedah sejak 1998. Menurut Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, dalam kes tersebut, mangsa dilaporkan sempat mendapatkan rawatan awal selepas digigit, namun tidak menerima rabies post-exposure prophylaxis (PEP).Mengulas mengenai perkembangan tersebut, seorang pengamal perubatan, Dr Ken Khaw berkata, adalah penting untuk masyarakat Malaysia memahami dengan lebih mendalam mengenai jangkitan haiwan berkenaan."Rabies bukan penyakit yang boleh kita tunggu hingga muncul simptom, kemudian baru hendak dirawat," katanya dalam satu hantaran di Threads.Mengenal pasti ancaman berbahaya virus rabiesRabies ialah sejenis penyakit berbahaya disebabkan virus yang bertindak menyerang sistem saraf manusia. Pada peringkat awal jangkitan, seseorang mungkin hanya mengalami gejala ringan seperti demam, rasa tidak sihat, atau merasai sensasi pelik seperti sakit, rasa bersemut (tingling), atau rasa terbakar (burning) di sekitar kawasan gigitan.Namun Dr Ken berkata, situasi mula menjadi kritikal apabila virus ini sudah merebak sampai ke sistem saraf pusat."Apabila virus sudah sampai ke sistem saraf pusat, gejala boleh berkembang kepada sukar menelan, takut kepada air (hydrophobia), takut kepada hembusan angin (aerophobia), perubahan tingkah laku, kekeliruan dan akhirnya paralysis/coma," katanya.Menurut Dr Ken, fakta yang lebih penting tentang jangkitan ini adalah apabila simptom klinikalnya sudah mula muncul, penyakit rabies lazimnya akan membawa kepada kematian.Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa jangkitan maut itu sebenarnya masih boleh dicegah seawal mungkin selepas mangsa terdedah kepada gigitan, asalkan langkah pencegahan dan rawatan diberikan secara serta-merta.Sebagai peringatan tambahan, Dr Ken berkata, ancaman rabies juga bukan hanya tertumpu kepada anjing liar semata-mata.Sebarang gigitan atau cakaran daripada haiwan yang berisiko wajar dinilai secara menyeluruh berdasarkan keadaan haiwan tersebut, jenis pendedahan, serta situasi di kawasan setempat.Antara haiwan yang berisiko membawa jangkitan rabies termasuk haiwan peliharaan seperti kucing dan haiwan liar lain antaranya monyet serta kelawar.Berikut Dr Ken kongsikan empat langkah perlu dilakukan oleh individu yang digigit atau dicakar anjing mahupun haiwan yang berisiko membawa jangkitan rabies.1. Segera cuci lukaBasuh dengan sabun dan air mengalir selama sekurang-kurangnya 15 minit.Jangan sekadar lap dengan tisu atau terus balut luka. 2. Jangan tunggu simptomPergi ke fasiliti kesihatan untuk melakukan ujian risiko rabies.Bukan semua gigitan memerlukan rawatan yang sama. Bergantung kepada jenis exposure, rabies vaccine dan rabies immunoglobulin mungkin diperlukan. 3. Luka kecil tidak menggambarkan tahap risikoMangsa dinasihatkan agar tidak mengambil mudah atau menganggap luka kecil membawa risiko yang rendah.Walaupun kesan calar yang kelihatan pada kulit itu sedikit sahaja, ia tetap memerlukan penilaian profesional sekiranya ia berpunca daripada haiwan yang berpotensi membawa virus rabies.4. Jangan cuba rawat sendiriJangan letak bahan pelik seperti cili, asid atau bahan tradisional pada luka.Paling penting ialah basuh luka dengan segera dan dapatkan penilaian perubatan.