suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak batal MyDigital ID lama punca ‘tersangkut’... Ini panduan mudah sebelum daftar pada telefon baharu

MyDigital ID merupakan identiti digital rasmi kerajaan Malaysia yang membolehkan rakyat log masuk ke pelbagai portal dan aplikasi kerajaan. -AZLINA ABDULLAH/The Star

SEJAK diperkenalkan pada 2024, MyDigital ID menjadi antara kemudahan yang membantu orang ramai mengakses pelbagai perkhidmatan dalam talian dengan lebih mudah.

Bukan sekadar aplikasi, sebaliknya MyDigital ID merupakan identiti digital rasmi kerajaan Malaysia yang membolehkan rakyat log masuk ke pelbagai portal dan aplikasi kerajaan dengan satu akaun sahaja.

Sebagai contoh, ia digunakan untuk mengakses MyNIISe, MyJPJ, MySejahtera, MyBayar Saman, dan lain-lain. 

Namun, bagi mereka yang mahu bertukar kepada telefon baharu, terdapat satu perkara penting yang perlu diberi perhatian sebelum mendaftarkan semula MyDigital ID pada peranti berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Keselamatan digital dipertingkat, semua telco aktifkan integrasi MyDigital ID

Ini kerana MyDigital ID hanya boleh didaftarkan pada satu telefon pada satu-satu masa.

Justeru, pengguna perlu membatalkan Sijil Digital ID yang lama terlebih dahulu sebelum membuat pendaftaran pada telefon baharu.

Perkara ini penting kerana terdapat pengguna yang berdepan masalah ketika cuba mendaftarkan MyDigital ID pada telefon baharu, termasuk selepas perlu memasang semula (re-install) aplikasi berkenaan susulan telefon lama mengalami kerosakan.

Bagi pengguna yang ingin menukar telefon, pembatalan Sijil Digital ID boleh dilakukan melalui aplikasi MyDigital ID dengan mengikuti beberapa langkah mudah.

1. Buka aplikasi MyDigital ID

Buka aplikasi MyDigital ID pada telefon dan tekan ikon tiga garisan di bahagian atas sebelah kiri skrin.

2. Pilih 'Batal Sijil Digital ID'

Selepas menu dibuka, tekan pilihan 'Batal Sijil Digital ID' untuk memulakan proses pembatalan.

3. Masukkan maklumat diri

Pengguna kemudiannya perlu memasukkan nama seperti dalam MyKad serta nombor MyKad pada ruangan yang disediakan.

4. Imbas MyKad

Seterusnya, lakukan imbasan bahagian hadapan dan belakang MyKad mengikut arahan yang dipaparkan dalam aplikasi.

5. Lakukan imbasan wajah

Pengguna perlu melengkapkan proses pengesahan identiti dengan melakukan imbasan wajah.

6. Selesai

Setelah semua proses pengesahan berjaya dilakukan, Sijil Digital ID pada telefon lama akan dibatalkan.

Selepas pembatalan berjaya, pengguna boleh meneruskan proses pendaftaran MyDigital ID pada telefon baharu.

Bagi pengguna yang tidak lagi boleh mengakses telefon lama kerana rosak atau hilang, pembatalan juga boleh dilakukan menggunakan telefon baharu.

Selepas Sijil Digital ID lama berjaya dibatalkan melalui proses yang ditetapkan, pengguna boleh meneruskan pendaftaran MyDigital ID pada telefon baharu.

Artikel Lain

Tun Siti Hasmah meninggal dunia