BAWANG merupakan antara bahan penting yang wajib ada di dapur. Tidak kira bawang merah, bawang putih mahupun bawang besar, bahan ini sering menjadi pelengkap untuk menghasilkan pelbagai jenis masakan. Namun, menyimpan bawang juga ada cabarannya.Jika tidak kena cara, bawang mudah rosak atau mula mengeluarkan bau kurang menyenangkan, lebih-lebih lagi apabila sudah lama tersimpan.ARTIKEL BERKAITAN: Pengisar cincang meletup, ngilu tengok tangan mangsa kena libas pisau ‘chopper’ melayang!Bagi mengelakkan pembaziran, seorang individu berkongsi petua mudah yang diamalkannya untuk membantu memastikan bawang tahan lebih lama serta mengurangkan masalah bau dalam bekas simpanan.Menurutnya, suri rumah hanya memerlukan tisu serta serbuk teh.Caranya pula cukup mudah, alas bakul atau rak penyimpanan bawang dengan tisu, kemudian letakkan bawang di dalamnya sebelum menaburkan serbuk teh di atas bawang tersebut."Sejak buat ni, kuranglah drama bawang belum sempat habis dah rosak. Tisu bantu serap lebihan lembapan, serbuk teh juga berperanan menyerap lembapan dan dalam masa sama serap bau dalam bekas."Mudah saja tapi membantu bawang tahan lebih lama," tulisnya pemilik akaun @ruangteduhhouse di TikTok.Petua berkenaan boleh dicuba oleh mereka yang sering menyimpan bawang dalam kuantiti banyak di dapur, terutama bagi mengurangkan kelembapan yang boleh mempercepatkan kerosakan.Semoga bermanfaat!