suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suka kumpul pinggan mangkuk, baju dan tudung pun penuh almari... Orang perempuan patut buat 3 langkah ini sebelum ‘pejam mata’

Bukan mudah untuk suami urus dan agihkan koleksi barangan peribadi selepas pemergian isteri tercinta. -Gambar hiasan AI

URUSAN harta pusaka sebenarnya bukan sekadar melibatkan aset bernilai tinggi seperti rumah, tanah atau wang simpanan di bank semata-mata.

Sebaliknya barangan harian dan pelbagai kelengkapan dalam rumah merupakan sebahagian daripada harta pusaka yang wajib perlu diuruskan dengan betul usai seseorang itu meninggal dunia.

Peringatan itu dikongsikan seorang pengurus harta pusaka, Nony_Nari di laman Threads yang menasihatkan golongan wanita supaya tidak memandang remeh koleksi barangan peribadi yang ada di rumah.

Menurutnya, barangan seperti sudu, garfu, pinggan mangkuk, cawan, pakaian mahupun tudung mungkin kelihatan kecil nilainya namun boleh menjadi perkara yang merumitkan kepada pihak waris sekiranya tidak diuruskan dengan baik.

"Pernah terfikir tak macam mana waris kita nak agihkan sudu, garfu, pinggan mangkuk, cawan, kain baju, tudung dan barang-barang lain yang renyah nak diagihkan?

"Ini antara perkara orang terlepas pandang tetapi boleh menjadi sesuatu yang merimaskan kemudian hari," katanya.

Bagi mengelakkan isu perbalahan atau kesukaran di kemudian hari, dia berkongsi tiga langkah praktikal yang boleh diamalkan oleh golongan wanita semasa masih hidup bagi memudahkan urusan waris kelak.

1. Amalkan konsep 'first in, first out'

Menurutnya, pemilik barangan disaran mengamalkan konsep 'first in, first out' (FIFO) dalam menguruskan koleksi peribadi di rumah.

Setiap kali membeli barangan baharu, peralatan lama yang masih elok tetapi tidak lagi digunakan boleh disedekahkan atau diberikan kepada orang lain.

2. Susun dan asingkan barangan lebih awal

Bagi barangan yang mempunyai nilai sentimental atau harga tertentu, pemilik disarankan menyusunnya dengan lebih teratur sejak awal.

Sebagai contoh, jika mempunyai lima orang anak, set pinggan mangkuk mahupun beg berharga boleh siap sedia diasingkan kepada lima bahagian mengikut hasrat asal pemilik.

3. Lantik pentadbir atau wasi

Di samping itu, pemilik digalakkan mengenal pasti individu yang benar-benar dipercayai untuk menguruskan semua harta berkenaan selepas ketiadaannya kelak.

Tugas pentadbir atau wasi ini sebaiknya diserahkan kepada individu yang mempunyai kemahiran sebagai mediator sekiranya timbul pertikaian atau perbezaan pendapat dalam kalangan waris.

"Lantik wasi yang reliable, capable mampu buat keputusan dan ada mediator skill untuk mengetuai urusan pusaka anda nanti," katanya.

Artikel Lain