Pemilik kenderaan disarankan bertenang dan menghubungi syarikat insurans untuk urusan menunda kereta. -Gambar hiasan AI
TERLIBAT dalam kemalangan jalan raya sememangnya boleh membuatkan seseorang panik, apatah lagi jika kejadian berlaku ketika memandu bersendirian.Dalam keadaan kelam-kabut, kehadiran penarik kereta (tow truck) yang menawarkan bantuan mungkin dilihat sebagai penyelamat. Bagaimanapun, seorang wanita menerusi perkongsiannya di media sosial mengingatkan pemandu supaya tidak terlalu terburu-buru menyerahkan urusan kepada pihak lain kerana terdapat beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian.1. Jangan terus tandatangan dokumenMenurut wanita itu, pemandu perlu berhati-hati jika penarik kereta meminta mereka menandatangani sebarang dokumen.Jangan tandatangan selagi tidak memahami kandungannya.Jika ragu-ragu, hubungi syarikat insurans terlebih dahulu untuk mendapatkan pengesahan.2. Nyatakan hanya perlukan khidmat towingJika memerlukan bantuan menunda, jelaskan bahawa anda hanya mahu kenderaan ditunda yang biasanya caj sekitar RM200. Minta kenderaan ditunda ke balai polis berhampiran untuk urusan laporan polis.Jangan mudah terpengaruh dengan desakan untuk menghantar kenderaan ke bengkel tertentu atau menandatangani dokumen berkaitan tuntutan.Pemandu juga disaran tidak membuat keputusan terburu-buru hanya kerana berada dalam keadaan panik.Perkara paling penting jika terlibat dalam kemalangan adalah menghubungi syarikat insurans untuk mendapatkan panduan tentang prosedur yang perlu dilakukan. -Gambar hiasan3. Hubungi syarikat insurans sendiriSelepas kemalangan, dapatkan panduan terus daripada syarikat insurans mengenai prosedur seterusnya dan bengkel panel yang sesuai.Langkah ini dapat membantu pemilik kenderaan mengelakkan urusan hanya bergantung kepada cadangan penarik kereta yang datang ke lokasi.4. Semak kerja pembaikan dan tuntutanWanita itu turut mengingatkan pemilik kenderaan supaya mengambil tahu mengenai proses pembaikan dan tuntutan insurans.Simpan semua dokumen serta bukti berkaitan dan semak semula sebelum mengambil semula kenderaan.ARTIKEL BERKAITAN: ‘H 1’ dibida pada harga RM10.7 juta, ini evolusi nombor plat termahal di MalaysiaSelain tuntutan pembaikan, pemilik kenderaan juga boleh bertanya kepada syarikat insurans mengenai Loss of Use atau pampasan kehilangan penggunaan kenderaan, tertakluk kepada polisi dan kelayakan masing-masing.5. Jangan mudah panikKemalangan memang boleh menyebabkan seseorang hilang arah, tetapi jangan biarkan keadaan itu membuatkan kita menyerahkan segala urusan kepada pihak yang tidak dikenali.Bertenang, jangan tandatangan dokumen secara membuta tuli dan hubungi syarikat insurans sendiri sebelum membuat sebarang keputusan.Apa yang penting, ketahui hak sebagai pemilik kenderaan supaya tidak mudah diperdaya ketika berada dalam keadaan terdesak.