suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan sebab nak halau hantu! Arkitek jawab misteri di sebalik tabiat suka buka pintu rumah waktu malam

Tabiat seorang penyewa yang suka membiarkan pintu depan kediaman terbuka pada waktu malam menimbulkan tanda tanya kepada rakan penghuni rumah sewa terbabit. -Gambar hiasan AI

TINGGAL menyewa di bawah satu bumbung bersama individu tidak dikenali pastinya mendedahkan kita kepada pelbagai ragam dan tabiat rakan serumah. 

Lebih-lebih lagi apabila tabiat tersebut mula memberi kesan langsung terhadap aspek keselesaan mahupun keselamatan diri.

Baru-baru ini, satu hantaran di aplikasi Threads oleh akaun Xiellayusof tular selepas dia tertanya-tanya mengenai amalan pelik salah seorang rakan serumahnya.

Dakwanya, rakan serumahnya itu gemar membiarkan pintu utama kediaman terbuka luas termasuk pada waktu malam. 

Tabiat terbabit menimbulkan persoalan dalam fikiran wanita terbabit sama ada amalan tersebut sebenarnya mempunyai kaitan dengan kepercayaan tertentu.

"Salam nak tanya, apa motif ada orang suka buka pintu masuk rumah malam-malam sampai besok pagi?

"Nak halau hantu ke jemput perompak masuk rumah? Setiap malam aku akan tutup, rajin pulak dia turun asyik nak bukak balik," kongsinya.

Menurut Xiellayusof, perkongsian itu dibuat kerana dia bimbang tentang keselamatan di rumah tersebut tambahan pula terdapat sebuah projek perumahan sedang berjalan berdekatan kediaman mereka. 

Hantaran tersebut turut mendapat perhatian warga maya yang mengambil kesempatan berkongsi pandangan berhubung isu dibangkitkan. 

Turut sama memberikan komen ialah seorang arkitek, Azarimy, yang menjelaskan perbuatan itu mungkin ada kaitan dengan usaha bagi memastikan pengaliran udara di dalam rumah.

"Cross ventilation (pengudaraan lintang). Macam susu dalam tin, susu itu tak keluar kalau kau bukak satu lubang je. Kau kena tebuk satu lagi lubang supaya udara boleh masuk, barulah susu itu keluar.

"Ventilation dekat rumah pun sama. Kalau bilik kau ada satu tingkap je, angin tidak akan masuk melainkan kau buka pintu dan angin tetap tidak akan masuk kalau apartment atau flat itu tiada 'tempat' untuk ganti angin.

"Jadi penyelesaiannya adalah buka pintu depan," jelasnya.

Penjelasan aspek teknikal tersebut turut dipersetujui oleh beberapa pengguna Threads yang lain.

"Suami selalu buat maam ini sebab nak bagi pengudaraan, rumah jadi sejuk nanti. Kena ada udara masuk dan keluar.

"Memang akan buka pintu balkoni, tingkap. Maklumlah rumah tiada penghawa dingin," kongsi seorang pengguna.

"Ventilation je. Kalau tak buka, rumah jadi kedap and bahang and bau lembap," tulis seorang lagi pengguna lain.

Artikel Lain