suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berbulu mata tengok lelaki buat aksi tak senonoh dalam tren, KTM ajar cara ‘report’ paling pantas

Seorang penumpang lelaki dirakam melakukan perbuatan tak senonoh ketika menggunakan perkhidmatan KTM.

MENGGUNAKAN pengangkutan awam pastinya menemukan penumpang dengan pelbagai ragam dan gelagat yang tidak dijangka. 

Namun, pengalaman seorang individu ketika menaiki tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bertukar tidak menyenangkan apabila dia terserempak dengan seorang penumpang lelaki yang melakukan perbuatan tidak senonoh. 

Menerusi perkongsian berkenaan, individu itu turut memuat naik rakaman yang dipercayai menunjukkan lelaki tersebut duduk bersendirian sambil menonton sesuatu menerusi telefon bimbitnya.

"Saya baru sahaja dalam perjalanan ke KL dan ternampak si bodoh ini buat benda mengarut dalam KTM. Selepas itu, dia turun di stesen Setia Jaya.

"Saya yakin dia akan ke Sunway Pyramid untuk satu acara. Kepada para pengunjung acara, sila berhati-hati dengan orang bodoh ini!" tulisnya dalam satu perkongsian di Threads. 

ARTIKEL BERKAITAN: Niat nak lindungi diri tapi boleh kena denda RM50,000! Rupanya bahaya rakam perbualan telefon secara rahsia

Perkongsian tersebut kemudiannya mendapat perhatian KTMB yang tampil memberikan respon serta berkongsi langkah yang boleh diambil penumpang sekiranya berdepan situasi sama pada masa akan datang.

Menurut KTMB, penumpang boleh menekan butang interkom yang terdapat di dalam tren bagi memaklumkan kejadian kepada pemandu tren.

"Sekiranya situasi yang sama berlaku pada masa akan datang, sila tekan butang interkom di dalam tren untuk memaklumkan kepada pemandu tren.

"Sebagai alternatif, anda juga boleh menghubungi 03-2263 1194, iaitu Pusat Kawalan Polis Bantuan KTMB untuk mendapatkan bantuan segera," jelasnya.

KTMB turut mengucapkan terima kasih atas kerjasama penumpang dalam memaklumkan sebarang kejadian yang berlaku sepanjang menggunakan perkhidmatan tren.

Justeru, jangan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya kerana menjadi hak setiap individu untuk menggunakan ruang awam dalam keadaan selamat dan selesa. 

Artikel Lain