Fabrik nipis seperti cotton voile mudah rosak dan renyuk jika terdedah pada suhu tinggi mesin pengering. -Gambar hiasan AI
MESIN pengering di kedai dobi sememangnya menjadi penyelamat untuk mengeringkan pakaian dengan cepat menggunakan suhu panas.Namun, tidak semua jenis fabrik sesuai dimasukkan ke dalam mesin berkenaan kerana haba yang tinggi boleh menyebabkan sesetengah material mengecut, berubah bentuk atau rosak. Isu ini mula menarik perhatian selepas seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila tudung bawal kesayangan bernilai RM700 tidak sengaja dimasukkan ke dalam mesin pengering dobi.Lebih mengecewakan, tudung berkenaan dikatakan mengalami perubahan bentuk selepas melalui proses pengeringan.Menerusi perkongsian tersebut, wanita berkenaan meminta pandangan warga maya mengenai cara untuk memulihkan semula tudung yang rosak.Perkongsian itu kemudiannya mengundang pelbagai respons, dengan ramai pengguna berkongsi tip yang hampir sama untuk dicuba bagi membantu mengembalikan keadaan tudung berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Ramai terikut petua tular cairkan ayam beku guna cuka, garam... Rupanya salah, terdedah isu keracunan makanan!Untuk peminat tudung bawal, jenis material merupakan antara perkara penting yang perlu diberi perhatian ketika mencuci dan mengeringkannya.Kebanyakan tudung bawal menggunakan fabrik cotton voile, iaitu material yang ringan, lembut dan mempunyai tekstur tersendiri.Disebabkan sifat fabrik tersebut, penjagaan yang betul penting bagi memastikan bentuk, tekstur dan kemasan tudung kekal elok.Ini petua yang dikongsi ramai untuk 'pulihkan' semula tudung yang rosak selepas dimasukkan ke dalam pengering:1. Basahkan tudung.2. Masukkan dalam bekas bertutup dalam keadaan basah.3. Letakkan bekas berisi tudung dalam freezer sekurang-kurangnya sehari untuk membekukannya.4. Keluarkan bekas, alirkan air pada tudung sehingga ais mencair.5. Bilas dan jemur hingga kering.6. Gosok tudung dengan seterika.Kesimpulannya, sebelum memasukkan tudung atau pakaian ke dalam mesin pengering, pengguna disarankan terlebih dahulu menyemak arahan penjagaan pada label pakaian.