suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Video kentang goreng bawa ke pelamin... Ammar Nazhan sah suami Elya Maisara, serah mas kahwin 10 dinar emas

Ammar Nazhan dan isteri disatu dalam majlis pernikahan yang berlangsung pada malam Rabu.

PERSONALITI media sosial, Ammar Nazhan selamat bergelar suami kepada pempengaruh, Elya Maisara dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Faira Hall, Kuala Lumpur pada malam Rabu.

Pasangan itu sah disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Azmi.

Pada majlis berkenaan, kedua-dua mempelai tampil sedondon mengenakan busana serba putih.

Ammar Nazhan sah bergelar suami dengan sekali lafaz.

Hari bahagia pasangan itu turut dihadiri ahli keluarga serta kenalan terdekat yang bersama-sama meraikan majlis pernikahan mereka.

Dalam majlis tersebut, Ammar menyerahkan mas kahwin berupa 10 dinar emas kepada Elya.

Pihak lelaki turut menyerahkan lima dulang hantaran kepada pengantin perempuan, manakala pihak perempuan membalas dengan tujuh dulang hantaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Ammar Nazhan naik mahkamah, tak mengaku salah bergaduh di restoran 

ARTIKEL BERKAITAN: Oh, ini sebenarnya Ammar Nazhan… Patut la orang benci!

Detik istimewa itu pastinya menjadi kenangan bermakna buat Ammar dan Elya yang akhirnya melangkah ke alam rumah tangga selepas mengikat tali pertunangan pada 4 April lalu.

Untuk rekod, sebelum mengikat tali pertunangan, keluarga Ammar terlebih dahulu mengadakan majlis merisik Elya secara tertutup di sebuah restoran pada Disember tahun lalu.

Elya manis duduk di atas pelamin.

Sebelum ini, nama Ammar, 30, dan Elya, 27, pernah menjadi perhatian ramai apabila mencetuskan kontroversi menerusi sebuah video mukbang yang memaparkan mereka menikmati kentang goreng pada 2023.

Video berkenaan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen sehingga mencetuskan perbincangan hangat di media sosial.

Susulan kontroversi tersebut, Ammar tampil memohon maaf atas video yang tular berkenaan.

Artikel Lain