suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Setiap minggu kena cubit perut! Cikgu disiplin tak percaya murid perempuan miliki rambut perang semula jadi

Mengikut peraturan sahsiah dan rupa diri yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pelajar sekolah dilarang mewarnakan rambut. -Gambar hiasan AI

UMUM mengetahui peraturan di sekolah tidak membenarkan pelajar berambut panjang apatah lagi jika diwarnakan perang.

Namun, nasib malang menimpa seorang pelajar perempuan apabila dia kerap ditahan dan dimarahi guru akibat memiliki rambut perang semula jadi.

Lebih menyedihkan, dia mendakwa rambutnya ditarik dan dimarahi setiap minggu sewaktu pemeriksaan disiplin dijalankan di pintu keluar sekolah.

Segelintir individu dilahirkan dengan rambut perang semula jadi sejak dari lahir. -Gambar hiasan AI

"Setiap hari Isnin kalau tak silap, waktu nak balik sekolah mesti ada cikgu disiplin tunggu dekat pintu keluar... kadang-kadang waktu pagi, kadang-kadang masa balik.

"Rambut aku memang jenis perang karat semula jadi. Kau bayangkan, setiap minggu kena tarik rambut dengan kena marah. Cikgu tuduh aku sengaja perangkan rambut.

"Aku dah explain tapi cikgu kata jangan menipu, siap kena cubit dan pulas kat perut," ujarnya mengimbas memori lama sewaktu di sekolah rendah.

  • Seorang wanita berkongsi pengalaman pahit ketika zaman sekolah rendah.
  • Rambutnya yang berwarna perang sejak kecil menimbulkan salah faham kerana disangka sengaja diwarnakan.
  • Dia mendakwa setiap minggu rambutnya ditarik dan dimarahi guru.
  • Lebih menyedihkan, guru terbabit dikatakan tidak mempercayai penjelasannya.

Bercerita lanjut, pengadu yang kini sudah memasuki usia dewasa berkata ibunya turut masuk campur selepas mengetahui dia dilayan sebegitu oleh guru di sekolah.

 

Keadaan bertukar tegang apabila ibunya dengan tegas mempertahankan anaknya serta menyelar tindakan guru berkenaan yang mengasari pelajar tanpa usul periksa.

"Mak aku datang sekolah masa aku tengah dalam kelas, dia bawa ke bilik disiplin jumpa cikgu tu.

ARTIKEL BERKAITAN: Benarkah mewarnakan rambut berisiko terkena kanser payudara? Ini penjelasan pakar

ARTIKEL BERKAITAN: Mengerikan kalau tersalah warna rambut! Wajah cantik pun boleh nampak kusam... Ini tip pilih ‘dye’ ikut tona kulit

"Mak aku cakap macam ni... rambut anak saya ni memang perang dari kecil bukannya diwarnakan. Penat la saya macam ni banyak kali dah bagitahu," kongsinya lagi.

Usai kejadian tegang itu, wanita berkenaan kemudiannya memilih untuk memakai tudung dan kekal berhijab sehingga ke hari ini.

Kisah yang hangat diperkatakan di media sosial ini mengundang pelbagai reaksi, dengan rata-rata netizen mengingatkan orang ramai agar tidak mudah menghukum seseorang hanya berdasarkan penampilan fizikal.

Warga pendidik terutamanya dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan peka agar tidak terlalu mudah menuduh serta menghukum pelajar yang tidak bersalah.

Artikel Lain