POLIS Korea Selatan dipanggil selepas empat pelancong wanita warga Malaysia didakwa mengambil gambar menggunakan telefon bimbit di sebuah pusat sauna dan rumah mandian awam di Haeundae, Busan.Lebih mengejutkan, kejadian itu berlaku ketika pengunjung lain sedang mandi dalam keadaan berbogel di premis berkenaan. Insiden itu didedahkan seorang wanita menerusi platform media sosial pada 10 November yang mendakwa dia sendiri menyaksikan perbuatan berkenaan.Menurut wanita itu, dia sedang meninggalkan kawasan mandian selepas selesai membersihkan diri sebelum ternampak sekumpulan individu warga asing memakai tudung dan cermin mata hitam memasuki ruang tersebut.Terkejut melihat tindakan mereka, wanita itu segera membilas badan, memakai pakaian sebelum melaporkan kejadian kepada pekerja premis dan menghubungi polis.Dia bersama seorang pekerja premis kemudian menemui empat individu terbabit dan membawa mereka ke ruang lobi sementara menunggu ketibaan polis.Wanita itu turut meminta mereka memadam semua gambar yang diambil di dalam kawasan mandian berkenaan.Bagaimanapun, seorang daripada kumpulan itu yang boleh bertutur sedikit dalam bahasa Korea menafikan perbuatan tersebut selain membantah apabila telefon bimbitnya diminta untuk diperiksa.ARTIKEL BERKAITAN: “Mereka buat salah, habis kita semua kena” - Pekerja Bangladesh kesal imej tercalar, tak suka Rohingya buat hal di MalaysiaARTIKEL BERKAITAN: Lagi Rakyat Malaysia Buat Hal Di Jepun!“Mereka berulang kali menegaskan tidak berbuat demikian, namun sebaik sahaja polis tiba dan memeriksa telefon bimbit, gambar yang dirakam di dalam kawasan mandian itu ditemukan.“Nasib baik tiada gambar yang jelas memaparkan individu lain dalam keadaan berbogel, tetapi saya berasa sangat kecewa dan takut,” katanya.Wanita itu bagaimanapun tidak berpuas hati dengan cara polis mengendalikan kejadian tersebut yang didakwa terlalu berlembut terhadap kumpulan berkenaan.Menurutnya, polis hanya meminta mereka duduk sebelum menegur bahawa perbuatan mengambil gambar di kawasan mandian adalah dilarang.“Ketika itu, mereka duduk bersebelahan sambil tersenyum seolah-olah tidak memahami betapa seriusnya perbuatan mereka,” katanya.Dia turut meluahkan rasa marah kerana kumpulan berkenaan didakwa memasuki kawasan mandian dengan memakai tudung, pakaian yang menutupi tubuh serta cermin mata hitam sebelum merakam gambar pengunjung lain yang sedang berbogel.“Saya masih marah sehingga sekarang. Saya rasa tidak akan mampu mengunjungi rumah mandian seperti itu lagi selepas ini,” katanya.Wanita itu turut memaklumkan bahawa dia kemudian mengemukakan aduan rasmi menerusi e-People, portal aduan dan petisyen dalam talian kerajaan Korea Selatan.Hasil pemeriksaan pasport dan prosedur lain, kumpulan berkenaan dikenal pasti sebagai rakyat Malaysia. - Agensi.