suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Mereka buat salah, habis kita semua kena” - Pekerja Bangladesh kesal imej tercalar, tak suka Rohingya buat hal di Malaysia

Masalah yang dibuat segelintir pelarian turut memberi kesan kepada warga asing lain. -Gambar hiasan AI

KEHADIRAN pelarian warga Rohingya di Malaysia sememangnya kurang disenangi sebilangan besar rakyat tempatan.

Namun siapa sangka, pekerja asing dari negara lain yang mencari rezeki di Malaysia turut meluahkan sentimen sama terhadap pelarian Rohingya.

Menurut seorang lelaki, pekerjanya yang berasal dari Bangladesh mengakui mereka turut terkesan gara-gara sikap buruk segelintir pelarian Rohingya.

Sebilangan rakyat Malaysia kurang senang dengan kehadiran pelarian Rohingya di negara ini. -Gambar hiasan AI

"Aku pernah tanya 'budak-budak' aku, kalau ambil Rohingya kerja okey ke tidak? Mereka cakap nak berhenti kerja kalau aku ambil Rohingya.

"Mereka kata ramai Rohingya jahat. Mereka buat salah, habis kita semua kena (tempias). Mereka semua mengaku tak suka orang Rohingya.

"Mereka cakap Rohingya rosakkan imej warga Bangladesh lain yang datang sini untuk cari rezeki. Terdiam aku," ujar lelaki Melayu itu.

  • Seorang lelaki Melayu kongsi luahan hati warga Bangladesh yang bekerja dengannya.
  • Warga Bangladesh itu mengaku tidak suka dengan kehadiran Rohingya di Malaysia.
  • Sikap pelarian Rohingya menyebabkan warga asing lain di Malaysia turut terkena tempias.
  • Lelaki itu mengaku dia terkedu mendengar jawapan yang diberikan oleh pekerja berkenaan.

Di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa terkejut dan terhibur selepas mengetahui Bangladesh juga tidak menyukai pelarian Rohingya.

"Aku boleh terima orang Bangladesh, Indonesia dan Pakistan masuk Malaysia secara sah.

"Mereka memang nak cari rezeki. Tiba masa, mereka balik negara asal. Rohingya ini tak nampak macam nak duduk sekejap.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Rohingya berbadan dua datang hospital, pelawat ‘pedajal’ lepas diminta tunjuk arah ke PAC - “Aku cakap jauh, kena ikut jalan luar“

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Rohingya baling surah Yasin, bengang pemuda tengah makan enggan ‘support’ jualan - “Dia sempat pukul belakang aku sebelum lari”

'Memang betul weh. Kawan sekerja aku yang warga asing ni pun tak suka Rohingya. Mereka yang asal dari Nepal pun tak suka Rohingya.

"Orang Bangladesh pun tak ingin bercampur dengan puak tu," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain

Joey BPR meninggal dunia