Segelintir rakyat tempatan kurang senang dengan kehadiran warga asing di fasiliti kerajaan. -Gambar hiasan AI
KEHADIRAN warga Rohingya di fasiliti kesihatan awam ternyata mengundang rasa kurang senang segelintir rakyat negara ini.Menurut seorang wanita, dia pernah terserempak dengan seorang pelarian Rohingya yang sedang hamil ketika berada di sebuah hospital kerajaan. Imbasnya, dia geram melihat wanita Rohingya itu berbadan dua dan memiliki dua orang lagi anak yang dibawa bersama dengannya.Segelintir pelarian didakwa bersikap kurang ajar ketika menerima rawatan di hospital. -Gambar hiasan AI"Level jahat aku dekat geng hanyut ni. Hari tu aku dekat wad kecemasan, melawat nenek aku. Masa duduk di bangku luar, datang sekeluarga Rohingya. "Dia tengah tunggu surat untuk ke Pre-Admission Clinic (PAC). Siap pegang buku pink (buku rekod kesihatan ibu hamil). Menyirap aku. Dia tanya jalan untuk ke PAC. Aku pun cakap, tempat ini jauh sikit. "Mereka pun pergi ke PAC guna jalan luar, kena turun naik tangga. Padahal PAC tu sebenarnya belakang wad kecemasan tu je. Tak jauh pun, dalam seminit je," imbasnya.Wanita kongsi cerita terserempak dengan keluarga Rohingya di hospital.Dia berkata pelarian yang sedang hamil itu turut membawa dua anak kecil.Dia sengaja memberi informasi salah supaya pelarian berkenaan sesat di hospital.Wanita itu mengaku geram dengan kehadiran pelarian asing di fasiliti kerajaan.Ringkasan ini dijana oleh AIMenurut wanita itu lagi, dia geram mengenangkan situasi negara ini yang semakin dibanjiri warga asing sehingga banyak menyusahkan warga tempatan."Aku cerita dekat suami, dia kata tak baik buat macam itu. Tapi mereka ambil hak kita. Dengan pegang anak kecil dua orang."Lepas tu menyusahkan jururawat dan doktor nak rawat mereka. Kita pun dinasihatkan supaya jarakkan kehamilan," ujarnya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terseksa satu bas dengan 40 lelaki Rohingya, bau ‘bangkai’ menusuk hidung - “Dari Pasir Putih sampai Machang aku tak bernafas”ARTIKEL BERKAITAN: Ramai terhibur, tak sangka ada lelaki Malaysia skandal dengan wanita Rohingya... Sanggup curang masa isteri tengah mengandungDi ruangan komen, ramai netizen mengakui terhibur membaca perkongsian wanita itu."Kita di Malaysia biasanya empat orang anak je. Tu pun dah dikira ramai. Bayangkan Rohingya ada sampai enam anak. Membiak tak terkawal."Tak apa. Naik tongkang (rentas laut) jauh-jauh berani. Apalah sangat setakat jalan kaki jauh sikit di hospital," tulis netizen.