RAMAI beranggapan penampilan seseorang mencerminkan kehidupan dan kemampuan kewangan mereka, namun seorang lelaki berkongsi pengalaman yang membuktikan tanggapan itu tidak semestinya benar.Individu tersebut menceritakan pengalamannya ketika bekerja di sebuah butik Rolex kira-kira 10 hingga 11 tahun lalu di Johor Bahru, Johor. Menurutnya, ketika itu dia pernah melayan sepasang pelanggan yang hadir dengan penampilan agak selekeh, berbau masam dan kelihatan seperti orang tidak berkemampuan.Ada segelintir pelanggan selesa berpakaian biasa walaupun berkemampuan. -Gambar hiasan AI“Dulu masa kerja di Rolex, ada pasangan macam ini. Semua orang ingat dia gila. Serabai, kotor dan bau masam-masam sikit.“Lepas dia masuk kedai, saya layan sahaja. Gila atau tidak, dia masuk kedai, dia pelanggan dan saya staf,” katanya.Bagaimanapun, selepas beberapa jam berbincang dan cuba memahami kehendak pasangan tersebut, mereka akhirnya membeli dua unit jam tangan Rolex.ARTIKEL BERKAITAN: Jangan ikut Gen Z anak orang kaya! Wanita tegur pelajar ‘intern’ cipta budaya bagi hadiah satu pejabatARTIKEL BERKAITAN: Pelajar universiti target lelaki kaya, dapat umur lebih 50 tahun lagi suka! - “Saya minat Datuk dan Tan Sri”"Dia beli dengan harga RM129,000 secara tunai. Bila minta isi boring, alamat kediaman dia dekat perumahan mewah, Senibong Cove. Ini antara cerita yang saya tidak akan pernah lupa," katanya.Malah, dia berkata pada ketika itu, harga Rolex paling murah sekitar RM15,000.“Kalau dia mampu berbelanja RM100,000 lebih pada zaman itu, bayangkanlah kaya macam mana dia,” katanya.Disangka tak berduit kerana penampilan.Pasangan selekeh beli dua Rolex.Harga keseluruhan mencecah RM129,000.Bayaran dibuat secara tunai.Netizen kongsi kisah hampir sama.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu menarik perhatian netizen dengan ada yang berkongsi pengalaman hampir serupa."Pernah masa jadi staf di sebuah pasar raya, ada seorang makcik bawa beg plastik dan berbau tapi dia kaya, sekali beli barang habis beribu, kadang berselisih luar kedai dia siap bagi duit."Waktu kerja bank ada pelanggan pakai baju pagoda ja, dah naik kuning dah pun baju tu. Tapi dalam akaun dia ada berjuta ringgit," komen warga maya.