suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita minta putus, enggan pulang emas 150 gram milik bekas teman lelaki... Anggap pampasan 7 tahun bersama

Segelintir lelaki memberi kepercayaan penuh pada pasangannya meskipun tidak mempunyai ikatan hubungan yang sah. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki meluahkan rasa kesal dengan sikap bekas teman wanitanya yang didakwa cuba memanipulasi keadaan selepas hubungan tujuh tahun mereka berakhir dengan perpisahan.

Reda dengan perpisahan itu namun dia kini terpaksa berjuang mendapatkan kembali emas 150 gram miliknya dianggarkan bernilai RM85,000 yang dalam simpan bekas kekasih.

Dakwanya, wanita itu enggan memulangkan barang tersebut atas alasan ia sebagai 'pampasan' sepanjang tempoh mereka bersama.

Jelasnya, dia sebelum ini mempercayai wanita itu menyimpan semua barang berharga miliknya kerana menyangka mereka akan berkahwin apatah lagi mereka banyak bekerjasama dalam perniagaan seperti menjual rumah serta emas lelong.

Pembeli barang kemas perlu menyimpan bukti belian mahupun resit. -Gambar hiasan AI

Pembeli barang kemas perlu menyimpan bukti belian mahupun resit. -Gambar hiasan AI

"Kenal dengan seorang wanita lebih tujuh tahun dan rancang untuk berkahwin. Sepanjang perkenalan, kami banyak berurusan dan cari duit sama-sama.

"Sepanjang dia bantu saya bida rumah lelong, transaksi wang tunai puluhan ribu kepadanya. Memang tiada masalah.

"Saya juga bagi dia simpan wang tunai sebab saya seorang yang boros. Emas lelong yang dibeli pun dia simpan dalam peti keselamatan atas namanya," ujarnya berkongsi cerita.

  • Lelaki berdepan kesukaran mendapatkan semula emas miliknya melebihi 150 gram.
  • Bekas kekasih didakwa enggan memulangkan emas tersebut kerana mahu menjadikannya sebagai 'pampasan' bagi tempoh tujuh tahun mereka bersama.
  • Sepanjang bercinta, lelaki itu meletakkan kepercayaan penuh terhadap pasangannya.
  • Lelaki berkenaan mendakwa semua emas dibeli menggunakan wangnya sendiri.
  • Selepas berpisah, bekas kekasih memulangkan semua wang tunai tetapi enggan menyerahkan emas.

Namun semuanya berubah apabila perancangan untuk berkahwin tidak menjadi selepas wanita itu yang meminta perpisahan.

Susulan perpisahan itu, dia meminta supaya semua wang tunai dan emas miliknya dikembalikan.

"Wang tunai dia pulangkan penuh, tapi emas dia tak nak bagi balik. Alasannya, compensate kerugian tujuh tahun dia bersama saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Duda 'sedap' lenjan kereta dibeli bekas isteri, 'liat' nak bagi balik barang kemas dalam simpanan

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita gagal jual emas lama tanpa resit, pekerja jawab bimbang dapat barang rompak - “Jadi apa-apa kami yang kena“

"Dia yang tak nak kahwin dengan saya, bukan saya yang tak nak kahwin dengan dia," ujarnya yang cuba mendapatkan pandangan dari warga maya menerusi luahan di Facebook.

Menurut pemuda ini lagi, dia mempunyai rekod belian termasuk resit dan bayaran kos peti simpanan keselamatan setiap barang kemas yang berada di bawah jagaan wanita tersebut.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan ramai yang meluahkan rasa simpati.

Pembeli barang kemas perlu menyimpan bukti belian mahupun resit. -Gambar hiasan AI

Emas merupakan aset mudah cair yang sesuai dijadikan pelaburan jangka masa panjang. -Gambar hiasan AI

Tidak kurang juga yang berkongsi cara untuk mendapatkan semula barangan kemas berkenaan berikutan dia mempunyai bukti pembelian dan resit.

"Ini melalui pengalaman sendiri, emas yang suami gadai sampai RM60,000 dan kami nak bercerai.

"Semua yang dibeli atas nama saya, ada resit bukti nama saya, jadi saya boleh tuntut semula dekat mahkamah untuk dia ganti atau tebus. Pergi balai buat laporan dulu dan kemudian mahkamah.

"Perempuan mata duitan, nasib baik tak jadi kahwin sebab perempuan macam ni senang je bersama-sama tapi susah suami kena tanggung sendiri," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain