PENGGUNAAN gajet dalam kalangan kanak-kanak kini menjadi perkara biasa namun ibu bapa dinasihatkan supaya sentiasa memantau kandungan yang diakses anak-anak.Seorang wanita berkongsi pengalaman memalukan selepas menyedari anaknya menggunakan telefon bimbit miliknya untuk membuat siaran langsung di TikTok tanpa pengetahuannya. Menurut wanita itu, kejadian berlaku ketika dia sedang menggosok pakaian dan hanya memakai baju tidur.Ibu bapa perlu memantau kandungan yang ditonton anak-anak. -Gambar hiasan AI"Titik terendah seorang ibu. Anak kata nak tengok video aiskrim. Rupanya dia tengah live TikTok masa maknya tengah leka gosok baju."Dahla pakai baju tidur seksi. Malunya rasa macam nak pengsan setahun," katanya.Wanita itu berkata, dia segera memadamkan siaran berkenaan selepas menyedari perkara tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Tutor kena maki ibu pelajar tengah malam, tak puas hati anak gagal Matematik SPM... Rupanya sebab sibuk main TikTok!ARTIKEL BERKAITAN: Bapa beri kejutan ketika sambutan ‘birthday’ mak, buat pengakuan nak poligami! Jatuh cinta janda TikTok mengaku pegawai bank“Anak ada iPad sendiri, tapi tiba-tiba dia nak main telefon. Dia pun tahu kata laluan. Hasilnya jadi macam ini,” katanya menerusi perkongsian di media sosial.Susulan kejadian itu, dia turut mengingatkan ibu bapa supaya lebih peka dan memantau penggunaan telefon serta gajet oleh anak-anak.“Peringatan kepada ibu bapa supaya monitor apa anak main dekat telefon. Cepat-cepatlah padam video live itu,” katanya.Anak wanita itu tanpa sengaja membuat live TikTok menggunakan telefon ibunya.Kejadian berlaku ketika ibunya sedang menggosok baju memakai baju tidur.Wanita itu segera memadamkan siaran selepas menyedarinya.Dia mengingatkan ibu bapa supaya memantau penggunaan gajet anak.Netizen turut berkongsi pengalaman anak memuat naik gambar ibu tanpa sedar.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu menarik perhatian netizen yang mengakui pernah berdepan situasi memalukan sedemikian."Anak saudara hantar gambar kakak saya pakai singlet dengan seluar pendek dekat grup famili. Masa tu nak padam WhatsApp tak boleh lagi. "Anak saya main telefon ambil gambar saya menyusu adik dia masa dalam pantang dekat TikTok. Nasib baik gambar dari belakang. Itu pun dah malu," komen warga maya.