MATEMATIK salah satu subjek wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk membolehkan pelajar memohon ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).Sekiranya subjek tersebut gagal, maka peluang pelajar untuk menyambung pengajian ke universiti dilihat tipis. Bagaimanapun seorang tutor berdepan tekanan selepas seorang pelajarnya gagal dalam subjek tersebut dalam SPM 2025 yang diumum pada 31 Mac lalu.Dakwanya, ibu pelajar berkenaan menghubunginya dan meluahkan rasa tidak puas hati selepas keputusan peperiksaan dikeluarkan. Keputusan SPM penting dalam menentukan masa depan seseorang pelajar. -Gambar hiasan"Mak ayah pelajar ini tak bayar kelas untuk dua bulan, kita tenang je. Kita halalkan sebab anak nak SPM. Hari ni dia call masa kita kelas."Dihamunnya kita sebab anak gagal SPM dan bila semak semula pun keputusan masih gagal lagi," katanya.Tambahnya, keadaan menjadi lebih tegang apabila dia menerima panggilan dan mesej lewat malam dari ibu pelajar terbabit untuk meluahkan kemarahan."WhatsApp dan call 1.50 pagi semata-mata nak melempiaskan kemarahan. Kita apa lagi, terus 'ceramah' la," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Calon SPM tak tahu nama Rasulullah... Ustazah bimbang kenang tahap pengetahuan agama generasi masa kiniARTIKEL BERKAITAN: Hala tuju gadis selepas SPM kabur, nenek ‘nasihat’ lupakan belajar terus cari kerja - “Ingat ada empat lagi adik bersekolah”Wanita itu kemudian berkongsi sebahagian tangkap layar mesej ibu pelajar yang mempersoalkan perbezaan keputusan anaknya dengan rakan sekelas."Macam mana anak saya tak lulus Matematik. Sedangkan kawannya yang belajar sekali dapat B+. Anak kata cikgu lebihkan kawan dia. Tolong jelaskan," tulis ibu tersebut.Tutor itu menjelaskan terdapat perbezaan pencapaian antara pelajar dalam kelas sama disebabkan tahap disiplin, kehadiran dan komitmen.“Yang dapat B+ hadir penuh kelas, rajin buat latihan dan aktif bertanya. Yang gagal pula selalu tak fokus dan banyak gangguan,” jelasnya.Tutor wanita didakwa dimarahi ibu pelajar selepas gagal Matematik SPM.Ibu pelajar hubungi dan mesej hingga lewat malam untuk lepaskan marah.Tutor jelaskan perbezaan keputusan berpunca daripada disiplin dan usaha pelajar.Pelajar hanya hadir beberapa bulan dan kurang fokus kerana telefon.Netizen pertahan tutor, anggap ibu bapa tidak wajar salahkan guru.Ringkasan ini dijana oleh AIDia turut memaklumkan pelajar itu hanya berada dalam kelas selama empat bulan sahaja, sebelum ibunya memberhentikannya tiga bulan sebelum SPM.Tutor tersebut turut mendakwa pelajar terbabit kurang memberi fokus ketika sesi pembelajaran kerana terlalu kerap melayari TikTok."Saya dah tegur mak dia, kawal penggunaan telefon. Tapi maknya kata dia tak boleh buat apa-apa. Kalau mak dia sendiri tak boleh kawal, habis aku boleh ke?" soalnya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen dengan mendakwa ibu pelajar itu tidak sepatutnya menyalahkan wanita itu atas kegagalan anaknya.