KEJAYAAN peribadi penyanyi I.N memiliki rumah sendiri yang dibeli secara tunai menimbulkan rasa kurang senang segelintir netizen.Tidak kurang juga, ada yang mula mempersoalkan pendapatan anggota kumpulan Stray Kids itu sehingga mampu membayar wang berjumlah kira-kira RM23 juta untuk kediaman mewah di Kompleks Pangsapuri Hyundai di kawasan Apgujeong, Korea Selatan. Selain itu, terdapat juga pihak yang meninggalkan komen kerana sukar mempercayai I.N, 25, mempunyai wang simpanan yang banyak pada usia muda.I.N membuat pelaburan bijak dengan membeli sebuah rumah baharu. "Rasa pelik bila lihat penyanyi yang tidak dikenali di Korea Selatan memiliki wang sejumlah itu dalam akaun."Siapa yang ada duit sebanyak itu pada usia muda? Sebahagiannya adalah duit peminat."Pemilik syarikat pengurusan harus mengawal pendapatan setiap penyanyi," komen netizen.ARTIKEL BERKAITAN: Harga bilik naik mendadak, pengusaha hotel ambil kesempatan sempena konsert BTS ARTIKEL BERKAITAN: BTS sekali lagi rangkul anugerah ‘Artist Of The Year’ di AMA 2026Difahamkan, I.N mula membeli rumah tersebut pada Januari lalu dan urusan pemindahan hak milik selesai dilakukan pada hujung April.Sebelum ini, seorang lagi anggota Stray Kids iaitu Changbin turut membeli rumah di kawasan sama dengan harga sekitar RM24 juta secara tunai.Kompleks Pangsapuri Hyundai merupakan sebuah kawasan kediaman yang dibina sejak 1976.Kawasan tersebut akan melalui fasa pengubahsuaian dalam masa terdekat dan dijangka harga hartanah di situ juga akan meningkat.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!