KUMPULAN BTS sekali lagi membuktikan kejayaan mendominasi dunia muzik global apabila berjaya merangkul anugerah utama di American Music Awards 2026 (AMA 2026), salah satu daripada tiga acara anugerah muzik paling berprestij di Amerika Syarikat.Kemenangan ini merupakan kejayaan kedua BTS dalam kategori 'Artist of the Year' selepas pencapaian pertama mereka pada tahun 2021. Ia secara tidak langsung mencatat sejarah sebagai artis Korea pertama yang memenangi anugerah utama AMA lebih daripada sekali.BTS memenangi dua kategori di AMA 2026.Pada edisi tahun ini, BTS berdepan saingan sengit daripada bintang antarabangsa lain termasuk Bad Bunny, Bruno Mars, Taylor Swift dan Lady Gaga dalam kategori tersebut.Kumpulan itu juga berjaya membawa pulang trofi 'Song of the Summer' menerusi lagu mereka berjudul Swim.Dalam pada itu, Sombr mencuri perhatian apabila dinobatkan sebagai pemenang Lagu Rock/Alternatif Terbaik menerusi lagu hitnya Back to Friends.ARTIKEL BERKAITAN: Lapangan Terbang Incheon ‘huru-hara’ sebab peminat BTSARTIKEL BERKAITAN: Peminat BTS beri ‘amaran’ kepada pempengaruh jangan battle tiket konsert sekadar ikut FOMOPenyanyi berusia 20 tahun itu juga urut meraih kemenangan dalam kategori Album Rock/Alternatif Terbaik menerusi album sulungnya, I Barely Know Her.Sementara itu, anugerah Lagu Terbaik Tahunan dimenangi oleh Golden, lagu popular daripada filem animasi Netflix KPop Demon Hunters.AMA 2026 berlangsung meriah di MGM Grand Garden Arena, Las Vegas, Amerika Syarikat.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!