NAMA anggota kumpulan BTS iaitu Suga menjadi bualan netizen selepas didakwa cuba memotong barisan ketika menyertai acara larian maraton sejauh 12 kilometer.Menerusi video yang tular di media sosial, Suga dilihat berdiri di bahagian hadapan barisan sementara menunggu acara larian itu bermula. Bagaimanapun, beberapa pelari di sebelah kiri dan kanannya dilihat menepuk bahu penyanyi berkenaan sambil menunjuk ke arah belakang dipercayai meminta dia kembali ke tempat asal.Kejadian berlaku sebelum Suga mengadakan konsert Stanford.Selepas ditegur, Suga kemudian bergerak ke tepi sebelum beredar dari kawasan tersebut.Walaupun situasi sebenar tidak dapat dipastikan, ramai netizen membuat andaian bahawa penyanyi itu cuba memotong barisan sehingga tindakannya mengundang kecaman.Malah ada yang golongan selebriti mendapat layanan istimewa hanya kerana mereka dikenali. “Memalukan! Dia cuba nak potong barisan.ARTIKEL BERKAITAN: Kontroversi Suga jejaskan kerjaya BTS, notis petisyen mohon sekat kemunculan di TVARTIKEL BERKAITAN: Suga BTS mohon maaf buat peminat kecewa, pernah terfikir tinggalkan kerjaya seni“Kenapa sesetengah idol rasa mereka lebih hebat dan ada lebih banyak hak daripada orang biasa hanya sebab mereka terkenal?“Dia memang idol paling berlagak dan rasa diri lebih istimewa,” tulis netizen.Namun peminat tampil mempertahankan Suga dan mendakwa video tersebut sengaja disebarkan bagi mencetuskan kebencian terhadap penyanyi berkenaan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!