suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Britney Spears menangis ketika ditahan, ajak polis datang rumah makan lasagna dan mandi kolam

Britney ditahan atas kes memandu di bawah pengaruh alkohol.

PENYANYI Britney Spears mencetuskan kekecohan ketika ditahan polis atas kes memandu di bawah pengaruh alkohol (DUI) apabila bertindak emosional dan membuat tawaran pelik kepada pegawai bertugas pada Mac lalu.

Menerusi laporan TMZ, Britney ketika itu turut bersikap agresif termasuk melawan arahan polis dan menangis teresak-esak.

Semasa kejadian, Britney juga enggan keluar daripada kenderaan kerana mendakwa dirinya diganggu dan diceroboh oleh pihak polis.

Britney (kanan) membuat tawaran pelik ketika ditahan polis.

Britney (kanan) membuat tawaran pelik ketika ditahan polis.

"Saya tak buat apa-apa salah," katanya.

Keadaan menjadi semakin janggal apabila Britney turut memberi alasan tidak mahu keluar dari kenderaan kerana trafik ketika itu terlalu sibuk.

Bagaimanapun, polis cuba menenangkan situasi dan menawarkan untuk membawanya ke lokasi yang kurang sesak.

Malah, Britney turut membuat tawaran pelik apabila mengajak pegawai polis datang ke rumahnya yang dikatakan berhampiran untuk menikmati lasagna dan mandi di kolam renang.

ARTIKEL BERKAITAN: Britney Spears serah diri masuk pusat pemulihan, malu selepas ditahan memandu dalam keadaan mabuk

ARTIKEL BERKAITAN: Britney Spears ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk, kini di bawah jagaan dua anak lelaki

Rakaman tersebut turut menunjukkan perubahan emosi Britney yang semakin tidak terkawal apabila dia mula menangis dan merayu agar tidak ditinggalkan bersendirian di dalam kereta peronda.

Difahamkan, Britney sebelum ini mencapai persetujuan dengan pihak pendakwa raya sehingga pertuduhan DUI terhadapnya digugurkan.

Sebaliknya, pertuduhan itu dikurangkan kepada kesalahan Wet Reckless iaitu memandu secara melulu yang melibatkan pengambilan alkohol.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain