TUNANG kepada penyanyi Miley Cyrus iaitu Maxx Morando menjadi perhatian netizen selepas didakwa ‘dihalau’ ketika sesi bergambar di Hollywood Walk of Fame, Amerika Syarikat.Insiden berkenaan berlaku ketika Miley menerima penghormatan bintang di Hollywood Walk of Fame dalam sebuah majlis yang dihadiri ramai selebriti di Los Angeles pada Jumaat. Menerusi sebuah video tular di media sosial, Maxx dilihat berada bersama Miley ketika sesi bergambar sebelum dia didakwa diminta beredar bagi memberi ruang kepada Miley bergambar secara solo.Miley teruja menerima pengiktirafan di Hollywood Walk of Fame.Situasi itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen termasuk ada yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai memalukan kerana berlaku di hadapan kamera dan khalayak ramai."Miley bersama teman lelakinya tetapi meminta dia (Maxx) beredar supaya boleh bergambar seorang diri.ARTIKEL BERKAITAN: Miley Cyrus tak suka kena tempik, tegur jurugambar jangan tinggikan suaraARTIKEL BERKAITAN: Miley Cyrus luah rasa sedih, dedah punca dilarang nyanyi lagu sitkom ‘Hannah Montana’"Memalukan Maxx disuruh beredar depan kamera macam itu saja," tulis netizen.Untuk info, Miley menerima bintang di Hollywood Walk of Fame sebagai pengiktirafan terhadap kerjaya dan sumbangannya dalam dunia lakonan sejak usia kanak-kanak.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!