suria

Miley Cyrus tak suka kena tempik, tegur jurugambar jangan tinggikan suara

Miley Cyrus tak suka diarah-arah oleh jurugambar.

PENYANYI Miley Cyrus tegas dengan pendiriannya yang tidak suka menerima arahan jurugambar yang sering menjerit, meminta dia melakukan sesuatu ketika berjalan di acara karpet merah.

Tampil dalam acara Palm Springs International Film Awards pada awal Januari lalu, Miley, 33, secara spontan menegur apabila dia mendengar arahan yang keterlaluan dan tidak beradab.

Miley Cyrus tegur jurugambar bersikap kurang sopan dengannya.

“Kalau kamu menjerit pada saya, saya akan buat perkara sebaliknya,” katanya ketika berjalan di karpet merah.

Miley hadir pada acara berkenaan dengan mengenakan sut berwarna dan melengkapkan gaya tersebut dengan kaca mata hitam.

ARTIKEL BERKAITAN:  Miley Cyrus luah rasa sedih, dedah punca dilarang nyanyi lagu sitkom ‘Hannah Montana’

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa tiru Bruno Mars, Miley Cyrus berdepan tindakan saman

Ketika sedang berjalan, ada segelintir jurugambar yang meminta dia membuka kaca mata dengan cara menjerit dari jauh.

Biarpun perkara itu biasa berlaku di acara karpet merah, namun Miley tidak suka apabila ia dinormalisasikan.

Lebih-lebih lagi apabila ada dalam kalangan jurugambar tersebut merupakan kenalan yang sering bekerjasama sepanjang penglibatannya sebagai anak seni.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain