PERSONALITI media sosial, Jule sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas didakwa bercuti ke Bali, Indonesia bersama pelakon Jefri Nichol. Kedua-dua mereka dilaporkan berada di lokasi sama dan Jule yang merupakan bekas isteri pempengaruh Na Daehoon itu dikatakan sedang menjalin hubungan cinta dengan Jefri. Gosip hangat ini mula tular apabila seorang pengguna media sosial berkongsi keakraban mereka di Bali.Jefri dilaporkan sudah mempunyai teman baharu."Guys, Jule dan Jefri dilihat bersama di Bali. Hal ini adalah 100 peratus benar. Tunggu saja kalua ada yang jumpa mereka di kelab atau kafe. Mereka pun saling mengikuti di Instagram," tulis individu berkenaan. Khabar angin ini semakin hangat diperkatakan selepas Jule berkongsi foto berada di pantai yang didakwa berada di Bali. Menerusi sebuah hantaran tular di Threads, turut tersebar foto yang dipercayai memaparkan Jule dan Jefri sedang berjalan bersama di sana. ARTIKEL BERKAITAN: Sekali lagi padam foto bersama, Jefri Nichol dah 'unfollow' Ameera KhanARTIKEL BERKAITAN: Jefri Nichol belum sedia jawab gosip putus cinta dengan Ameera Khan... “Maaf tidak terbuka untuk ditemu bual”Dalam foto itu kelihatan wanita tersebut memakai baju rona hitam bersama tas tangan coklat, manakala lelaki yang didakwa Jefri mengenakan t-shirt putih dan cermin mata hitam. Untuk rekod, Jule bernikah dengan Na Daehoon pada 31 Julai 2021, namun disahkan bercerai pada 30 Disember tahun lalu. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata. Sementara itu, Jefri sebelum ini dilaporkan bercinta dengan adik kepada pengacara dan usahawan Neelofa iaitu Ameera Khan namun hubungan mereka dikatakan sudah berakhir.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube