suria

Jefri Nichol belum sedia jawab gosip putus cinta dengan Ameera Khan... “Maaf tidak terbuka untuk ditemu bual”

Jefri (kanan) enggan mengulas tentang hubungannya dengan Ameera.

STATUS hubungan cinta antara pelakon Indonesia, Jefri Nichol dan kekasihnya yang juga personaliti media sosial, Ameera Khan terus menjadi tanda tanya selepas kedua-duanya masih mendiamkan diri dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Bagaimanapun pasukan pengurusan pelakon itu ketika dihubungi mStar memberitahu, Jefri belum bersedia untuk berkongsi kehidupan peribadinya kepada umum.

“Mohon maaf untuk saat ini Jefri belum terbuka untuk ditemu bual media bagi berkongsi kehidupan peribadinya.

Jefri (kiri) dan Ameera dikatakan sudah tidak saling mengikuti di Instagram.

"Ini kerana dia sedang sibuk mempromosikan karya terbaharu lakonannya berjudul Pertaruhan 3," katanya ringkas.

Sebelum ini, tindakan pasangan itu memadam foto bersama di Instagram  menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet yang mengikuti rapat percintaan dua figura muda itu.

Lebih mencuri perhatian, pasangan berkenaan juga dilihat sudah saling menyahikut antara satu sama lain di platform media sosial itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sekali lagi padam foto bersama, Jefri Nichol dah 'unfollow' Ameera Khan

ARTIKEL BERKAITAN: Ameera Khan sifatkan pertemuan dengan Jefri Nichol sebagai takdir indah, netizen pula doa cepat nikah... "Pergi kursus kahwin ya?"

Tindakan mengejutkan itu mencetuskan pelbagai spekulasi apabila ramai mula berteka-teki sama ada Ameera dan Jefri sudah membawa haluan masing-masing selepas hampir setahun menjalin hubungan.

Difahamkan insiden seumpama itu bukan kali pertama berlaku memandangkan pada April lalu pasangan itu kembali berdamai sehari selepas dikatakan berpisah. 

Hubungan Ameera dan Jefri dikatakan mula rapat sejak akhir 2023 dan sering dilihat bersama di beberapa acara fesyen berprestij.

Malah, mereka juga pernah berkongsi momen mesra di media sosial, termasuk percutian romantik yang tular pada awal tahun ini sekali gus membuatkan peminat menganggap hubungan mereka sudah 'rasmi'.

Malah, Jefri turut pernah berkunjung ke kediaman Ameera, atau nama sebenarnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, 25, dan kelihatan cukup mesra bersama ibu serta ahli keluarganya yang lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain