suria

Kekasih Ben Amir peluk Islam, netizen dakwa hari bahagia dah nak dekat

Ben luah rasa syukur selepas Maiya memeluk agama Islam.

PELAKON Ben Amir berkongsi momen istimewa seorang wanita dipercayai kekasihnya dikenali sebagai Maiya memeluk Islam. 

Ben atau Muhammad Amir Sabaruddin, 35, turut menitipkan ucapan penuh bermakna buat wanita berasal dari Filipina itu. 

“Selamat datang ke agama Islam. Luangkan masa anda, belajarlah perlahan-lahan, nikmati keindahannya, dan ketahuilah bahawa anda tidak pernah keseorangan.

Momen Maiya ketika melafazkan dua kalimah syahadah.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

" />

 

“Semoga Allah sentiasa melindungi anda. Semoga perjalanan ini membawa anda lebih dekat kepada kedamaian, tujuan, dan diri anda yang sebenar,” katanya. 

Ben berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada malam Isnin.

Lafaz dua kalimah syahadah berlangsung di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Kuala Lumpur.

Sementara itu, Maiya menerusi perkongsian di media sosial miliknya meluahkan rasa syukur apabila urusan tersebut berjalan lancar.

ARTIKEL BERKAITAN:[V] Wanita Filipina tawan hati Ben Amir, keputusan hijrah bukan kerana kekasih

ARTIKEL BERKAITAN: Ben Amir lebih tenang menetap di Pulau Siargao, rasa serabut hidup di Kuala Lumpur

“Alhamdulillah untuk permulaan yang baru ini.

“Bersyukur atas segala kasih sayang dan kehadiran di hari istimewaku,” ujarnya ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan mendoakan Maiya terus kekal istiqamah dalam mendalami Islam.

Maiya dan Ben bersama rakan-rakan mereka.

Malah, ada juga yang berpendapat Ben dan Maiya bakal melangkah ke fasa perkahwinan tidak lama lagi.

“Alhamdulillah. Moga ditetapkan iman dan dipermudahkan urusan.

“Tahniah Ben, ini macam dah one step closer! 

“Bimbing Maiya dengan baik dan semoga urusan ke fasa seterusnya dipermudahkan,” tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain