TANPA berselindung, pelakon Ben Amir mengakui hatinya kini sudah dimiliki oleh seorang wanita asal Filipina.
Mula berkenalan sejak dua tahun lalu, kata Ben atau Muhammad Amir Sabaruddin, 35, mereka bagaimanapun masih belum merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat.
"Mana-mana lelaki yang menjalinkan hubungan mesti mahu melangkah ke fasa seterusnya, tetapi tidak perlu terburu-buru.
"Saya serahkan semuanya (jodoh) kepada takdir. Buat masa ini saya hanya 'go with the flow'. Kami masih dalam fasa berkenalan untuk tahu hati budi," katanya kepada mStar.
Ben belum merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya.
Ben berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media tayangan perdana filem Gantung: Musketeer Code yang diadakan di GSC Midvalley, Kuala Lumpur pada malam Rabu.
Pelakon ini turut menafikan keputusannya untuk berpindah ke Filipina adalah disebabkan wanita berkenaan.
Sebaliknya ia dibuat atas kehendak sendiri yang mahu mencari kehidupan baharu selepas jatuh hati dengan lokasi di sana.
"Saya tak suka orang membuat spekulasi tentang perkara tidak benar. Kalau nak tahu cerita sebenar biar daripada mulut saya sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN: Terkena ‘sumpahan Siargao’, Ben Amir sudah bosan rutin kehidupan di KL
ARTIKEL BERKAITAN: Ben Amir sesak nafas ketika mendaki, mohon maaf misi takluk Everest gagal
"Saya memang sudah lama merancang untuk berhijrah ke Filipina. Bukan sebab seseorang (wanita) tetapi ingin mencari kehidupan baru.
"Sebagai lelaki memang perlu sentiasa meningkatkan diri daripada segi kerjaya dan mental," ujarnya.
Ben yang kini menetap di Pulau Siargao, Filipina memberitahu dia dalam proses untuk memulakan perniagaan restoran selain mengusahakan sebuah villa.
Saya serahkan semuanya (jodoh) kepada takdir. Buat masa ini saya hanya 'go with the flow'.
BEN AMIR
PELAKON
Dia dalam masa sama menegaskan akan terus berlakon sekiranya masih menerima tawaran.
"Saya rasa keputusan berhijrah ke Filipina adalah salah satu cara untuk upgrade, saya mahu mencabar kemampuan diri.
"Saya sekarang dalam perancangan untuk membuka restoran dan villa di sana. Bukan senang, lebih-lebih di negara orang.
"Jadi ini satu cabaran yang saya suka untuk membina kerjaya baru selain berlakon. Kalau boleh saya ingin menjadi ahli perniagaan pula," jelasnya.
Ben berhijrah untuk mencari kehidupan baharu di Filipina.
Pada April lalu, Ben memaklumkan dia mengambil keputusan untuk berhijrah ke sana kerana tidak lagi mahu mengulangi rutin sama setiap hari ketika menetap di Kuala Lumpur.
Dalam perkembangan lain, Ben bakal muncul menerusi filem Gantung: Musketeer Code yang diadaptasi daripada novel buku Fixi berjudul Gantung karya Nadia Khan.
Selain Ben, filem tersebut turut menampilkan barisan pelakon termasuk Ikmal Amry, Hafreez Adam, Brandon Salim, Shazia Rozaini dan Taufiq Hanafi.
Filem Gantung: Musketeer Code akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula pada 5 Jun ini.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
@mstarmalaysia AEON Bank tawar 8x mata ganjaran, pulangan tunai, hadiah menarik dan gamifikasi Neko Missions sempena ulang tahun pertama #beritaditiktok #viral #fyp #sembangentertainment Mozart Minuet with violin(815356) - 松本一策