suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Joe Jonas kembali solo, teman wanita nekad putuskan hubungan

Hubungan Joe dan Tatiana hanya bertahan setahun.

PENYANYI Joe Jonas dilaporkan sudah berpisah dengan kekasihnya, Tatiana Gabriela selepas lebih setahun menjalin hubungan cinta.

Memetik laporan The Sun, Tatiana yang merupakan seorang model berusia 30 tahun mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan tersebut.

Difahamkan perpisahan itu berlaku beberapa minggu lalu selepas pasangan berkenaan dilihat semakin jarang meluangkan masa bersama akibat kesibukan kerja.

Joe didakwa terlalu sibuk menguruskan kerjaya dan keluarga.

Menurut sumber, kesibukan Joe, 37, dengan komitmen kerjaya menyebabkan hubungan mereka mula berubah, selain berdepan beberapa isu kepercayaan.

"Mereka banyak berseronok bersama dan sebenarnya sangat serasi. Namun, buat masa ini, mereka mempunyai gaya hidup berbeza," kata sumber.

Sementara itu, Joe ketika ini sedang sibuk menjayakan siri jelajah Burning Up Tour All Over Again bersama dua adiknya, Nick Jonas dan Kevin Jonas yang dijadualkan berlangsung sehingga penghujung tahun ini.

Dalam masa sama, dia turut memberi perhatian kepada tanggungjawab sebagai bapa kepada dua anak perempuannya, Willa, 6, dan Delphine, 4, hasil perkahwinan terdahulu bersama pelakon Sophie Turner.

ARTIKEL BERKAITAN: Mediasi 4 hari berjaya, Joe Jonas tak jadi cerai Sophie Turner

ARTIKEL BERKAITAN: Joe Jonas cacah tatu tarikh lahir 2 anak tanda sayang

Komitmen terhadap kerjaya dan keluarga juga menjadi kemungkinan Joe sukar memberi perhatian kepada hubungan cinta.

Untuk rekod, Joe dan Tatiana dikhabarkan menjalinkan hubungan sekitar penghujung 2025 selepas berkongsi foto percutian bersama.

Joe sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Sophie pada 2019 sebelum mengumumkan perpisahan pada September 2023. 

Artikel Lain