suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ab Rauf angkat sumpah Ketua Menteri, mulakan penggal kedua selepas ‘Muafakat Melaka’ tawan PRN16

Ab Rauf mengangkat sumpah pada Ahad.

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka bagi penggal kedua pada Ahad.

Ab Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.

Ia selepas BN dan Perikatan Nasional (PN) sepakat menamakan beliau sebagai calon Ketua Menteri selepas kedua-dua gabungan itu, Muafakat Melaka memenangi keseluruhan 24 daripada 28 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada Sabtu.

BN memperoleh majoriti dua pertiga dengan kemenangan di 21 kerusi, manakala PN memenangi tiga kerusi.

Empat kerusi selebihnya dimenangi DAP yang mewakili Pakatan Harapan (PH).

Untuk rekod, Ab Rauf turut mempertahankan kerusi Tanjung Bidara untuk penggal kedua dengan majoriti 8,615 undi, meningkat ketara berbanding 364 undi pada PRN 2021.

Ab Rauf, 65, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, pertama kali dilantik sebagai Ketua Menteri pada 2023 susulan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Speaker DUN Melaka dari 2020 hingga 2021 sebelum dilantik sebagai Exco kerajaan negeri dalam pentadbiran Sulaiman selepas PRN 2021. 

Artikel Lain