suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM titip kata semangat buat Aina Abdul - “Malaysia tetap bangga”

Anwar (kanan) mengucapkan tahniah buat Aina kerana mengharumkan nama Malaysia.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada penyanyi Aina Abdul yang mendapat tempat keempat dalam Eurovision Song Contest Asia 2026.

Menerusi ucapan beliau, Anwar berkata Malaysia tetap berbangga dengan pencapaian penyanyi itu yang membawa nama negara ke pentas antarabangsa.

"Alhamdulillah, tahniah Aina atas kejayaan meraih tempat keempat dalam Eurovision Asia Song Contest 2026!

Aina menampilkan persembahan terbaik di pentas Eurovision Asia Song Contest 2026.

Aina menampilkan persembahan terbaik di pentas Eurovision Asia Song Contest 2026.

"Malaysia tetap berbangga dengan pencapaian Aina dan pasukan yang telah mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

Anwar berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram pada Ahad.

Dalam pada itu, Anwar turut menitipkan kata-kata semangat kepada penyanyi lagu Sumpah itu agar terus melakar kejayaan dan melebarkan sayap dalam muzik.

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul raih tempat keempat Eurovision Asia 2026, Filipina muncul juara

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul mohon maaf jika pencapaian Eurovision Song Contest kecewakan Malaysia

"Terus terbang tinggi Aina," ujarnya. 

Pada malam Sabtu, Aina berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila menduduki tempat keempat pada pertandingan di One Bangkok Forum, Bangkok, Thailand.

Bagaimanapun, Aina memohon maaf kepada peminat dan seluruh rakyat Malaysia andai pencapaian itu mengecewakan mereka.

Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 33, bersaing dengan wakil dari 10 negara lain termasuk Thailand, Korea Selatan, Filipina dan Vietnam.

Lagu berjudul Bluest Sky yang dipertaruhkan dalam pertandingan sulung itu merupakan hasil ciptaan Aina sendiri bersama penerbit muzik, Mac Chew.

Artikel Lain