PENYANYI Ismail Izzani menyeru orang ramai agar tidak melemparkan kecaman terhadap Aina Abdul yang meraih tempat keempat pada pertandingan Eurovision Song Contest Asia 2026 yang berlangsung pada malam Sabtu.Sebagai anak seni, Ismail, 26, berkata dia berbangga dengan pencapaian Aina yang sudah memberikan persembahan terbaik ketika mewakili Malaysia di pentas antarabangsa. Malah, dia mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang menyebarkan kebencian terhadap pelantun lagu Semalam itu.Aina teruk dikecam oleh netizen.“Mengapa sebahagian daripada anda menyebarkan kebencian terhadap Aina Abdul? "Sebagai rakyat Malaysia, saya berbangga dengannya dan dia berhak berada di mana sahaja dia berada,” katanya menerusi hantaran di Threads.Ismail juga menyifatkan tindakan membandingkan Aina dengan penyanyi lain yang dianggap lebih layak mewakili Malaysia bukan sesuatu yang wajar.Dia percaya rezeki tidak memihak kepada Aina untuk meraih kedudukan lebih baik namun penyanyi itu sudah memberikan persembahan hebat seperti kebiasaannya.ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan bandingkan dengan karya sebelum ini“ - Ismail Izzani ‘jual‘ fasa baharu muzikARTIKEL BERKAITAN: Ismail Izzani kongsi idea spontan hasilkan ‘Tenggelam’, rakam MV seawal pukul 4 pagi“Menyebarkan kebencian dan membandingkannya dengan penyanyi lain yang sepatutnya mewakili Malaysia bukanlah sesuatu yang kita perlukan, lebih-lebih lagi terhadap seseorang sepertinya.“Mungkin rezeki belum berpihak kepadanya, tetapi dia sudah memberikan persembahan yang baik dan menakjubkan seperti biasa.“Saya bangga dengan awak, Aina. Terima kasih kerana mewakili Malaysia,” ujarnya.Perkongsian tersebut menjadi perhatian yang rata-rata bersetuju dengan pendapat Ismail sekali gus berharap lebih ramai artis tampil bersuara mengenai perkara itu.Ismail tumpang bangga dengan kejayaan Aina.Sebelum ini, Aina tampil memohon maaf andai pencapaiannya pada Eurovision Song Contest Asia 2026 mengecewakan peminat dan rakyat Malaysia.Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 33, bagaimanapun menegaskan dia sudah memberikan segala-galanya dan melakukan yang terbaik sepanjang menyertai pertandingan itu.Dia mempertaruhkan lagu berjudul Bluest Sky pada edisi sulung pertandingan itu yang berlangsung di One Bangkok Forum, Bangkok, Thailand.Namun rezeki memihak kepada wakil Filipina, Carmelle Allyza Collado yang dinobat sebagai juara.