TAMPIL dengan sebuah lagu baharu berjudul One On One, penyanyi Ismail Izzani turut memberi gambaran terhadap identiti muzik yang lebih matang sebagai sebuah pengenalan terhadap albumnya akan datang. Ismail, 26, juga berharap pendengar tidak akan terus membuat perbandingan karyanya itu dengan lagu-lagu yang pernah dihasilkan sebelum ini. “Saya tak mahu orang membandingkan lagu ini dengan karya-karya saya sebelum ini. Setiap lagu mempunyai cerita dan tempatnya yang tersendiri. Ismail tampil sisi lebih matang dalam lagu baharu. "Bagi saya, One On One adalah permulaan kepada fasa baharu. Ia memberi gambaran tentang vibe dan arah muzik yang saya ingin bawakan menerusi album akan datang," katanya. Menurut Ismail, dia masih dalam proses menyiapkan album penuh tersebut sebagai tanda penghargaan buat peminat yang sentiasa memberi sokongan terhadapnya. Bercakap lanjut, katanya lagu ini juga mempunyai sentuhan yang cukup istimewa kerana dihasilkan menerusi perkongsian idea bersama penyanyi dan juga komposer Alyph. ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Izzani tolak dakwaan artis Malaysia agungkan pemuzik Indonesia, sokong kolaborasi serantau ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Izzani kongsi idea spontan hasilkan ‘Tenggelam’, rakam MV seawal pukul 4 pagi“Setiap kali masuk studio dengan Alyph, kami bukan hanya berbual tentang muzik. Kami banyak berkongsi cerita tentang kehidupan dan perkara-perkara peribadi. "Hubungan yang rapat itu menjadikan proses menghasilkan lagu lebih mudah dan jujur. One On One lahir daripada sesi brainstorming kami bersama, dan saya rasa itu yang menjadikan lagu ini lebih dekat dengan diri sendiri," ungkapnya. Lagu ciptaan dan terbitan Alyph ini mengangkat tema cinta yang sederhana tetapi penuh makna.Ismail berkolaborasi dengan Alyph dalam lagu One On One. Ia merupakan gambaran tentang detik-detik yang paling berharga apabila hanya insan berkongsi ruang, masa dan perasaan. “Lagu ini sangat straightforward. Ia tentang seseorang yang kita benar-benar sayang dan bagaimana kita hanya mahu meluangkan masa bersamanya, walaupun hanya untuk seketika."Bila bersama orang itu, rasa macam dunia berhenti sekejap dan hanya tinggal kita berdua,” kongsinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!