suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Dulu bukan isteri orang, sekarang sudah kahwin perlu tanya suami dulu" - Mimi Lana dedah minta izin Syafiq Kyle berkaitan tawaran kerjaya

Mimi sentiasa utamakan suami setiap kali membuat keputusan.

PELAKON Mimi Lana mengakui kehidupannya berubah selepas bergelar isteri apabila setiap keputusan berkaitan kerjaya, termasuk pemilihan watak, kini perlu dibincangkan terlebih dahulu dengan suaminya, Syafiq Kyle.

Menurut Mimi atau Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 30, perkara itu termasuk membabitkan adegan romantik seperti babak berpegangan tangan dengan aktor Indonesia, Adipati Dolken dalam filem terbaharunya, Mojoku Hilang!

Bagaimanapun, jelas Mimi, babak berkenaan dirakam sebelum dia mendirikan rumah tangga, justeru ia tidak memerlukan perbincangan dengan suaminya.

Mimi selesa membawakan adegan romantik.

“Saya shooting filem ni pada Januari 2025 sebelum berkahwin. 

“Tapi selepas kahwin banyak juga perkara berbeza seperti keputusan seperti pemilihan watak. 

“Dulu saya bukan isteri orang dan sekarang sudah berkahwin jadi perlu bertanya dulu kepada suami,” katanya kepada mStar. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia paling bertuah” - Mimi Lana kongsi kemanisan bergelar isteri, Syafiq Kyle banyak berubah selepas nikah

ARTIKEL BERKAITAN: Melampau label filem ‘sampah’, Mimi Lana ajak berbincang… Tidak semua dapat impak sama

Mimi berkongsi perkara itu ketika ditemui di tayangan perdana filem Mojoku Hilang! yang diadakan di TGV KLCC, Kuala Lumpur pada petang Isnin. 

Berkongsi lanjut, Mimi berkata, sehingga kini dia belum menerima sebarang tawaran lakonan bergenre romantik komedi sejak bergelar isteri, sekali gus belum perlu berbincang mengenai perkara itu dengan Syafiq.

“Namun selepas kahwin ini saya tidak ada sebarang projek bergenre romantik komedi jadi belum ada apa-apa perbincangan dengan suami. 

Barisan pelakon dari kiri Mimi, Gambit dan Adipati.

“Cuma sekarang ini selepas kahwin ni apa yang saya boleh cakap apa-apa keputusan perlulah tanya kepada suami,” ujarnya. 

Untuk rekod, Mimi dan Syafiq sah bergelar suami isteri pada 14 Februari 2025.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain