suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zarina Zainuddin gembira Azal ada kekasih, selalu pantau agar jaga batas

Zarina sentiasa menemani anaknya ketika bertemu Alesya.

PELAKON Zarina Zainuddin tidak meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap hubungan baharu anaknya, Azal, bersama seorang gadis dikenali sebagai Alesya.

Zarina, 55, sebaliknya berkata dia sudah cukup gembira melihat Azal atau Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan, 30, kembali ceria sejak mengenali Alesya, 22.

"Saya sudah gembira bila Azal tersenyum. Saya tak letak apa-apa harapan yang tinggi kerana sebagai ibu bapa, kami lebih memahami keadaan anak-anak.

"Mungkin Alesya adalah bidadari syurga yang Allah SWT temukan untuk Azal di dunia. Kalau sekadar berkawan pun saya bersyukur," katanya kepada mStar.

Zarina akui mempunyai hubungan baik dengan keluarga Alesya.

Dalam pada itu, Zarina memaklumkan dia dan keluarga Alesya sentiasa memantau hubungan kedua-dua mereka agar tidak melangkaui batas.

Katanya, sebagai ibu bapa, mereka memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak itu sentiasa berada dalam keadaan terkawal.

"Saya gembira bila Azal dan Alesya gembira, tapi anak syurga ini kita tak dapat jangka sejauh mana hubungan itu akan pergi. Apa yang pasti, semuanya masih di bawah pemantauan ibu bapa.

ARTIKEL BERKAITAN: Zarina Zainuddin hanya kongsi perkembangan, tiada niat jadikan anak Ridzokumura ‘content’ media sosial

ARTIKEL BERKAITAN: Anak sambung belajar di UiTM, Zarina Zainuddin sedih berjauhan teringat waktu makan

Menurut Zarina, biarpun hubungan Azal dan Alesya mula mendapat perhatian ramai, dia memilih untuk menghormati privasi keluarga gadis berkenaan.

"Saya kalau boleh tak nak terlalu berkongsi sebab takut mengganggu privasi keluarga mereka. Tapi bila mereka berjumpa, ada saja momen-momen kelakar yang mencuit hati," ujarnya.

Hubungan Alesya dan Azal sentiasa di bawah pemantauan keluarga.

"Dalam hidup ini mesti ada batas, tak boleh berlebihan. Ibu bapa yang kena kawal emosi mereka kerana mereka melihat dunia ini dengan hati yang sangat indah dan menganggap semuanya baik.

"Kita doakan mereka bahagia walaupun hanya dengan saling berpandangan dan tersenyum," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain