suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Bukan nak berlagak tapi saya ada harga sendiri“ - Ieda Moin kesal bayaran lakonan tak setimpal

Ieda tidak menafikan wujud layanan pilih kasih dalam industri.

PELAKON Ieda Moin meluahkan rasa terkilan apabila mendakwa terdapat artis baharu menerima bayaran lebih tinggi berbanding aktor berpengalaman.

Ieda atau Siti Haida Abd Moin, 46, berkata dia tidak menafikan setiap individu mempunyai rezeki masing-masing, namun mengakui berasa sedih apabila ditawarkan bayaran tidak setimpal dengan pengalaman dan pencapaiannyan selama hampir tiga dekad.

"Tipulah kalau kata tak terasa sebab saya dalam industri sudah 30 tahun. Memang rezeki mereka (artis baharu), kita tidak pertikaikan atau cemburu. 

Ieda tidak pernah mempertikaikan soal rezeki.

"Namun bagi orang-orang yang sudah bekerja dan tahu tentang pencapaian serta pengalaman saya dalam industri, mereka (produksi) tahu macam mana nak hargai dengan cara bayaran setimpal.

"Bila ditawarkan dengan harga rendah seolah-olah kita rasa seperti di bawah tapak kaki mereka. Budak-budak (artis baharu) ni satu episod boleh terima bayaran mencecah RM4,000-RM5,000. Saya ni nak dapat RM2,000 pun susah,"  katanya kepada mStar. 

Dalam pada itu, Ieda turut mendakwa isu tersebut bukan berpunca daripada kekurangan bajet produksi, sebaliknya wujud layanan berbeza terhadap pelakon lama.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai ingat pelawak tapi sebenarnya Ieda Moin bermula sebagai pelakon ‘air mata’ 

ARTIKEL BERKAITAN: Ieda Moin kesal kawan artis jaja cerita tak benar kepada syarikat produksi, dakwa tak lagi aktif berlakon

Kata Ieda, pelakon bukan sahaja ditawarkan bayaran rendah, malah perlu menyediakan sendiri pakaian untuk penggambaran kerana kebanyakan produksi tidak lagi menyediakan kelengkapan seperti dahulu.

"Produksi bukan tak ada bajet tetapi mereka 'double standard'. Kalau dulu pergi shooting baju semua disediakan. 

"Kita (artis) faham sekarang dah tak macam dulu senang dapat tajaan. Kalau produksi membantu tak mengapalah, tapi jenis tentukan kita nak kena pakai apa, dahlah tak ada tajaan kemudian nak potong lagi bayaran pelakon. 

Budak-budak (artis baharu) ni satu episod boleh terima bayaran mencecah RM4,000-RM5,000.

IEDA MOIN

PELAKON

"Kadang-kadang bukan nak berkira tetapi kami nak bekerja dengan gembira," ujarnya. 

Mengimbau zaman kegemilangan industri sekitar 2006, Ieda berkata kadar bayaran pelakon ketika itu jauh lebih baik berbanding sekarang.

"Sakit hati kakak dik, rasa macam nak kembali ke zaman 2006. Dulu rasa meriah (bayaran tinggi) saja, sekarang nak dapatkan harga yang sepatutnya memang susah. 

"Mereka (produksi) pernah panggil saya untuk satu drama episod dengan tawaran RM500. Sampaikan saya tanya awak jadi pengurus produksi (PM) dah berapa lama ya dan berapa lama saya dalam industri?

Ieda kini membintangi drama Ate Kome, I Love You! terbitan Viu.

"Bukan nak berlagak tetapi saya memang ada rate card (harga) sendiri, tapi itulah ada artis yang ambil bayaran rendah dah 'membunuh' harga pasaran," katanya. 

Dalam perkembangan lain, Ieda bakal muncul menerusi drama Ate Kome, I Love You! terbitan Viu yang disiarkan pada setiap Khamis dan Jumaat, pukul 12 tengah hari.

Drama arahan Helmi Yusof itu mengangkat tema "dendam lama, cinta baharu" serta turut dibintangi Aniq Suhair, Bella Dowanna, Amy Mastura dan Nurel Baharin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain