suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zizie Izette lega, mahu teruskan kehidupan demi lima anak

Zizie (kanan) mahu fokus membesarkan anak-anak.

PELAKON Datin Seri Zizie Izette meluahkan rasa lega selepas melalui tempoh yang disifatkannya penuh dengan cabaran selama tujuh tahun.

Zizie atau Zizie Izette Abdul Samad, 47, berkata fokus utamanya ketika ini adalah untuk meneruskan kehidupan dan memberikan yang terbaik buat lima orang anak yang kini berada di bawah tanggungjawabnya sebagai ibu tunggal.

"Saya cuma mahu meneruskan kehidupan. Saya mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap lima orang anak dan kini saya merupakan seorang ibu tunggal," katanya kepada media. 

Dalam pada itu, Zizie turut mengakui dia berharap arwah suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berada di sisinya ketika keputusan berkenaan dibacakan.

Zizie lega selepas menerima keputusan mahkamah.

"Saya berharap arwah suami saya berada di sisi saya hari ini. Saya membayangkan beliau berada di sebelah saya ketika keputusan itu dibacakan.

"Saya bukan seorang yang suka menceritakan segala-galanya. Saya tidak berkongsi tentang kehidupan peribadi saya kerana itu adalah privasi saya.

"Cukuplah saya memendam semuanya selama tujuh tahun. Hari ini saya berasa sangat lega," ujarnya.

Pada Isnin, Zizie dilepas dan dibebaskan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur daripada tiga pertuduhan bersubahat dengan arwah suaminya, Bung Moktar dalam kes rasuah berjumlah RM2.8 juta berkaitan pelaburan unit amanah bernilai RM150 juta.

ARTIKEL BERKAITAN: Zizie Izette dibebaskan daripada tuduhan subahat bantu arwah suami kes rasuah RM2.8 juta

ARTIKEL BERKAITAN: Arwah Bung Moktar bebas tiga tuduhan rasuah... Zizie Izette naik mahkamah Mac depan

Hakim Rosli Ahmad membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap tertuduh.

Untuk rekod, Zizie menghantar representasi pada 24 Disember lalu bagi memohon supaya tiga pertuduhan bersubahat itu digugurkan.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua Bung Moktar yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad didakwa pada 3 Mei 2019 atas dua pertuduhan menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan Felcra melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie di Public Bank Berhad Cawangan Taman Melawati pada 12.30 tengah hari hingga 5 petang, 12 Jun 2015.

Zizie dan Bung Moktar (kanan) bernikah pada 2009.

Menerusi pertuduhan ketiga pula, Bung Moktar turut dituduh secara rasuah memperoleh untuk dirinya suapan tunai RM337,500 daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Norhaili Ahmad Mokhtar melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan sama pada 17 Jun 2015. 

Untuk rekod, Zizie mendirikan rumah tangga dengan Bung Moktar pada 2009 sebagai isteri kedua dan pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata serta turut membesarkan dua orang anak angkat. 

Bung Moktar meninggal dunia pada 5 Disember tahun lalu di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, Sabah. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain